Monday, March 30, 2009

Abah Out-station again

2 comments

Sunday, March 29, 2009

Transformers ke Transformasi???

0 comments
Assalamualaikum. hem nak tergelak bila aku nak mengupdate blog ni. bukan apa, teringat abah gelak bila aku tunjuk muka aku yang lepas kena solek. ye ker ummi nih? Sebenarnya, semalam seharian aku gi kursus solek dan rawatan wajah yang kolej komuniti tempat suami terchenta aku keje anjurkan. Bersemangat la ni nak gi kursus sebab lepas ni boleh la bercantik-cantik depan suami kan???? hehe. Betul tu. Tu jer niat nak gi kursus ni. DEMI KERUKUNAN RUMAH TANGGA. Agar suami lebih sayang. Macam dalam iklan sunsilk nung. kat bawah ni adalah beberapa keping gambar yang aku download masa aku gi kursus solek ni. hehe. Jangan gelak tau kalau tengok. Yg first ni kak salwia, dengan solekan 'natural look'. hehe tersengeh bila dah berjaya menapply teknik solekan yang betul.
Ni pulak Nur, kerani kesayangan principle skul aku. Si Nur ni solek sendiri.. Tp, kesian.. suami duk jauh. Tak dapat nak tengok adindanya ini. Kalu tak, dapat 'present' sepecel la tu.

Ni Kakti, Kawan aku, merangkap urusetia kursus tu. Comel kan bulu mata dia, teknik shading kasik mancung hidung tu menjadi la kakti.

Ni Makcik Kiah, CK kat skul aku. Haa, ni aku n kak siti aisah yang kerjakan kak kiah. Sweet 45 kak kiah ni. Jangan tak caya, kakkiah dapat hadiah untuk make up for sweet 45 hehe.

kat bawah ni pulok.. kak sal sebelum bersolek.

HAA..yang kak bawah ni pulak anak sapa ek? Aku ker? HEhe.. Ni la aku.. setelah disolekkan oleh mak andam tu. hee, cam mana.. ada transformasi tak berbanding dengan gambar yang kat bwah lagi satu tu? ke transformers?? Yang tak sanggup nak solek lagu ni tu bukan pasai apa.. pasai nak kena cuci semula. Bukan senang. adeiii kat setengah jam nak buang gam bulu mata pelesu(mak andam tu panggil )
aku sebelum make up.
Amboi.. asyiknye kak siti duk melihat produk kesihatan dan kecantikan. kak sal pulak duk berkira-kira nak beli minuman jus kacip fatimah n manjakani. apa lagi kaksal... untuk abang tersayang. Performance kena maintain..... Bakal ibu kat belakang tu plak, kakfith asyik senyum jer. nak minum kacip fatimah tak boleh sekarang ni ya kak.
Wah.. tu dia.. teknik merawat muka. Facial. tertidur peserta tu kakti kerjakan. haha
overall, kursus ni enjoy sangat. sape2 yang nak sertai lagi kursus - kursus cenggini.. jangan lupa contack aku ek.. hehe. Tukang promosi jer ni. Almaklumla.. Suami pegawai promosi kolej. hehe.







Sunday, March 22, 2009

Anak-anak yang Ummi Sayangi.

0 comments
























Assalamualaikum.Bahagianya ummi lihat apabila anak-anak ummi ini membesar dengan sihat di depan mata ummi. Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau telah melimpahkan satu kurnian yang amat berharga bagi kami suami isteri. Iman Muhammad Zikri dan Iman Nur Syamimi. Anak-anak ummi ni dah makin pandai. Sekarang abg zikri dan makin lancar bercakap, walaupun ada yang ummi tak faham. hehe. abg zikri sorang je yang faham. Kalau naik kereta, dah pandai pakai sitbelt dan tak bergerak kat tempat lain. Hemmm.. pandai. sambil mulutnya mengikut irama lagu yang abah pasang, ummi tersenyum sendiri sambil melihat abah. pandai juga abg zikri menyanyi. Satu yang tak lum sempat ummi nak latih lagi ialah latih abg zikri buang air di tandas. abg zikri masih lagi pakai diapers wpun dah 2 tahun 8 bulan. Tunggulah abg zikri pandai sebut" ummi, abg zikri nak kencing'. hehe.
Adik sya pulak dan semakin rancak 'bercakap'. hem, nak jadi macam abah ye sayang?.' Sekarang dah pandai memanjat naik atas kerusi, aktif betul ke sana-sini. Kalau dahulu, semasa umur begini, abg zikri dah pandai berjalan tp adik sya masih lagi menyusur dada, kengkadang tu merangkak. lum lagi stabil berdiri. Gigi pulak dah ada 4 batang. hehe. comelnya. kalau tengok tv tu... mesti stay tuned kalau tengok mickey mouse club house. siap menari lagi macam pocoyo. suka ummi tengok. kadang-kadang, kalau terdengar lagu mickey mouse tu, boleh lagi dia postpone 'keje' yang dia buat, berpusing 360 darjah nak tengok mickey dia tu. Tengok2la gambar di atas tu

Thursday, March 19, 2009

Peperiksaan PTK n Students Test.

1 comments
Assalamualaikum. Dah lama tak mengupdate blog aku ni. tu la bizi sungguh duk menanda kertas test student skolah. aku exam hari ni. ni first time aku amik exam PTK DG41 TKI. Sepatutnya tahun lepas lagi, tapi masa tu tengah duk cuti pantang, jadi terlepas tarikh daftar. first time ni harap2 dapat bagi impression yang bagus la untuk result yang akan datang. hehe. kertas ujian student ada lagi satu kelas yang lum sentuh. 5 jed on the way dah. harap2, sebelum bukak sekolah ni, dapat la aku siapkan marking test ni. this holidays , i totally stayed at home, being a busy mother and teachers. thought of asking my hubby journey to somewhere, but, dunno where to go here. KK?? Very far from here, yet tiring for hubby to drive alone. Think of somewhere please.. huhu.

Saturday, March 14, 2009

Memori our hero n heroin

1 comments



Ni video aku blajar bikin sendiri. Nak tau samada jadi ker tidak. Sumer watak n jalan cerita ada kaitan ngan yang hidup coz semua tu ahli dalam famili aku skrg ni. Sudilah komen for improvement aku dalam bikin video. For ummi, abah mintak sori coz post video ni...Jgn mare haaa...

Saturday, March 7, 2009

Nak Langsing La katakan....

1 comments
Assalamualaikum. Semoga hari ini hari yang ceria buat aku dan keluarga aku serta buat yang berada di alam nyata ni..Abah teringin sangat nak tengok aku ni lansing.. ye lah.. takde lemak tang sana, lemak tang sini.. londeh2 tang sana sini. jelik la kiranya kalau nampak sume2 tu.hehe. Jadi penyelesaiannya, abah belikan aku satu set makanan kesihatan herbalife. kengkawan abah sume heran. Hem.. mushykil ni. Aku ni gemuk ker yek? Dah abah yang tengok aku hari-hari. tahu la dia tu bini dia ni gemuk ke tak. Sebenarnya... bukan gemuk sangat la. kalu ikut BMI tu, dah ideal dah berat badan dan ketinggian aku ni. cuma yang tak best nampak yelah lemak-lemak yang tertonjol. kalu tak.. tak comey la pakai baju seksi depan abah. kuang..kuang .. kuang... hehe. untuk kesejahteraan rumah tangga. manatau lepas ni badan aku ni macam supermodel..kuikui. heee.. pembakar semangat ni..

Wednesday, March 4, 2009

Kali pertama...

2 comments



Assalamualaikum. Hari ni aku gi skul dengan rasa yang agak tak sihat. rasa menggigil. dah la lambat bangun.. nasib baik takleh solat. kalu tak, lambat la key - in -time. semasa dalam perjalanan gi skul, dalam hati, kat mulut tak habis -habis berdoa agar segalanya selamat sehingga sampai skolah. semalam tak gi skul sebab demam n migrain.(xxxxx), tp kua gak dengan kaklong gi facial. hehe. Yang nak cerita sebenornya hari ni kali pertama aku di buat perancang keluarga dengan gunakan kaedah IUCD (intrauterine contraseptive device) atau dalam bahasa kita alat kontraseptif dalam rahim. aku pilih kaedah ni sebab yang pertamanya aku tak boleh tolerate dengan hormon luar yang ada dalam dalam pil perancang. aku ni jenis yang ada migrain. sakit ooo.. tak boleh aku lupa bila kali pertama aku mkn pil perancang untuk aku induce period aku sebab aku nak pasang iucd ni la. hanya Allah yang tahu sakitnya rasa. tobat-tobat. hehe. yang keduanya, aku ni tak konsisten makan ubat(pil). nanti kalu aku lupa makan pil,,, kang ada plak kat dalam tu. Astaghfirullah.. bukan taknakkan rezeki tu.. tapi tunggu adik sya besar skit. aku memang nak anak ramai( dalam 4 orang). okay kan abah??. sbab yang lain tu .... adalah.. oppps..
sekarang masa yan sesuai untuk pasang iucd sebab masa period, uterus kita akan terbuka dan lembut. Masa pasang iucd td, berdebar jugak takut sakit. hehe. sakit lagi beranak kata doktor anina.sebelum tu doktor scan dulu uterus aku..tengok keadaan kat dalam tu, okay ke tak okay.. relaks la aku masa doktor 'mengkerobek' rahim aku ni. terasa ar sengal2 dan ngilu2 sket. lepas ni, dalam masa 3 bulan prtama ni, selalu la aku gi cek takut2 alat ni tak terletak pada tempat dia. tak boleh la aku nak bergiat aktif sket. heee. sekarang, aku masih terasa sengal dan sakit belakang sket. hope tak lama. Esok abah nak balik dari kk. Alhamdulillah. Rindu abah..

Sunday, March 1, 2009

Abah tubik lagi.....

0 comments










Assalamualaikum warahmatullah. dah hampir 3 minggu aku tak update blog aku ni. kesibukan yang terlampau. minggu lepas sibuk dengan kesihatan yang tak berapa menentu ni. minggu ni pulak sibuk duk mencipta dan menaip soklan ujian. huhuhu.. walaupun ada masa duk ngadap pc ni, tapi aku jengok kat tempat lain. hehe. cuci mata sket. baru je 2 minggu abah gi kk, hari ni abah gi pulak ke Papar, ada kursus koperasi 4 hari. sunyi lagi aku rasa. huhuhu. aku selalu rindu kat abah time petang-petang cenggini. ( syahdu sedey la pulok). pastinye lah adik sya duk mencari lagi la abah tu. tadi masa nak pegi anta abah ke airport, abah tak sempat nak muah adik sya pun..adik sya pn tido masa tu kat bilik makcik. takpela bah, ummi akan ciumkan tiap2 malam. heee. minggu depan aku plan nak kuar dengan kaklong cikmail gi facial. la wei aku tak gi facial. takpelah, manjakan diri sikit. duit abis skit pun tak kisahlah.. ni first time ajak kaklong.
 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates