Wednesday, April 29, 2009

IM BACK TO NORMAL

0 comments
Why??? kenapa??? ada persoalan di minda??? kenapa selama ni tak normal ker?? Luar biasa?? ko gilo ko apo??atau kurenggggg???? Takde papepon.. sajo jo buek gimik. sebenaunyer.. aku kembali menjadi seorang wanita normal yang mempunyai semula kitaran hormon yang stabil sebab dah setahun aku ni 'suci'(poyossss) jer ummi. hehe. Baru kelmarin aku datang period selepas setahun kelahiran syasya. Syukur Alhamdulillah. Allah maha Kuasa.Masa abg zikri dulu 6 bulan jer. Ermmm, lama skit masa adik sya ni.. Adalah hikmah disebaliknya.. mengajar aku menjadi lebih sabar dan tabah.. Kalau dari segi teori sains, kalau kita mempunyai kitaran period yang stabil, pengeluaran hormon estrogen dan progestron juga akan stabil. ini akan membantu perubahan mood seseorang wanita. Lebih lanjut lagi... baca buku Science la ye.. kang keluar pulok yang pelik2 pasal sains kimia ni.. hehe.. anyway... im happy.. happy. Terima kasih ya Allah.

Tuesday, April 28, 2009

Bizi sokmo aku..

2 comments

'Bizi sokmo aku'... sesuaiiiii sangat tajuk tu dengan keadaan aku sekarang ni. hehe. Nak mengapdet blog pon tak menyempat. abah plak yang tolong mengapdet. thanks darling kerana memahani ummi yang bizi ini.. hehe. "mmmuuuuahhhhxx" . sari dua ni shibuk duk mengadap pc menaip kertas soklan peksa midyer. nasib baik soklan yang di downloadkan dr internet banyak membantu. thank you sesawang amiene. yang tu settel. yang lum settle lagi ni .. heee.. lum leh setel sampai skarang yelah.. e-filing LHDN. Biasalahhhh,, dah nak dekat due date ni.. lambat sket . Nunnnnnn jem nenas agaknya line internet di ruang angkasaraya. kay lahhh... nak mengefail cukai pendapatan plak ek.. "DEMI MASA... SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN"..

Anak-anakku sayang...

0 comments

Iman Muhammad Zikri nama abang n Iman Nur Syamimi nama adik. Adik dah setahun, abang pulak 3 tahun sudah. Sedar tak sedar besar sudah permata hati Abah n Ummi ni. Begitulah kehidupan. Sedikit demi sedikit, hari makin hari, usia makin meningkat. Anak2 pun dah makin besar. Semoga Yang Maha Pengasih terus memberi berkat dan rahmat ke atas keluarga kami. Semoga permata hati Abah n Ummi besar ngan penuh kasih sayang, keberkatan n keredhaan dari kami n Ilahi. Ya ALLAH ya Tuhan kami, lindungi n berkatilah keluarga kami semua. Cukupkanlah apa yang kami kurang, berkatilah rezki kami, redhailah keluarga kami, sejahterakanlah rumahtangga kami n kurniakanlah kami kesihatan n rahmat hidayahMu. Berkat dari Rasul junjungan Muhammad Rasulullah s.a.w. Amin ya robbal a'lamin...

Saturday, April 25, 2009

Sayangku...

1 comments



Buat insan yang bergelar Isteri dan Ummi yang dikasihi dan disayangi. Terima kasih teramat sgt dan memang tidak dapat dibalasi segalanya dengan ucapan kata2 kecuali harapan dan doa kepada Ilahi semoga Sayamg diberi kekuatan untuk terus menjadi Isteri dan Ummi yang solehah dan cemerlang. Kami sayang Ummi. Abah sayangkan Ummi bangat...Ana Uhibbu Jiddan ya Ummi... :*

Thursday, April 23, 2009

Selamat Hari Lahir Puteriku

0 comments

Selamat hari lahir yang pertama anakku sayang. Hari ni adik sya dah berumur 1 tahun. Hem.. comel ummi dan abah dah besar. abah dan ummi doakan agar adik sya akan terus membesar dengan sihat dan kuat.. nanti boleh main2 dengan abang zikri. Semoga adik sya akan membesar menjadi anak yang solehah. Insyaallah. Ummi, abah dan abg zikri sayangkan adik sya..

Sunday, April 12, 2009

The Making of .....................

1 comments

"Ummi.... roti canai satuu.." "Siappp". Pepandai jer. Padahal lum pun siap lagi. Abah still asleep. Krohhhhh..For the past few days, I have been doing extensive google research on making Roti Canai. It has been more pain than pleasure and I'm running out of plain flour as my plain flour was attacked by little tiny creatures. siap ada larvae lagi. "hee... yekkk". len kali tentuan dan penpuan sekelian, takyah beli tepung kat giant. banned. 30 minutes was wasted at Taman Semarak daily superstore to look for new plain flour + a tin of ghee + a box of fresh milk. Anyway, I managed to update my blog with my roti canai adventures. The recipe I first started off from alat 21.It came out pretty tough and not thin and crisp on the outside. It was decent though, edible; but still not authentic roti canai!hehe. bolehhlaa.I had a few unsuccessful attempts to thin the dough by flipping it and stretching while spinning the dough (like how the mamak's in Malaysia do it). The art of throwing roti canai in the air is superb..cayalahh mamak. however, instead of the dough forming a larger circle, it kept shrinking while the corners overlapped each other. I finally decided to just stretch it on the counter with my fingers and palm.huhu. Dolu-dolu masa duk kat shah alam, selalu gak wat roti canai ngan makcik Pathiah( Abg lie's mom- in -law).. "okay jerrr". but this time, kneading and tossing roti canai dough is hard.
The problem with learning to make roti canai is, the amount of dough you waste! After working with one ball of dough, it cant be re-kneaded and stretched out again; as it becomes tough and dry. come out with not-so -good texture of home made roti canai like mamak did, it buffered with freshly and tasty made chicken curry. " Abg..... roti canai siap" yelling from my kitchen.hehe. A bucket of credits should be given to me for this noble effort since pagi morning lagi dah bangun wat the very yummylicious roti canai. haha. masuk bakul angkat sendiri.. papehal..macam biasalerrrr .................. YOK LAYANNNNNN

doughs covered with ghee and vege oil
what a waste!!!! (kat dalam mangkuk nun).Trying the right method to make ball-shaped dough.

doughs were left overnight.

tasty chicken curry
Spreading and thinning the dough with my bare hand.

My first attempt of making roti canai.

Saturday, April 11, 2009

"Iman-iman ku".......

0 comments
Sesungguhnya aku mencari 'iman' bersama suami ku. Berkat doa dan limpah kasih-sayang-Mu, kau kurniakan 'iman' -Mu kepada kami. Terima kasih Ya Rabbi. Akan kami ajarkan kepada 'Iman' yang telah kau kurniakan kepada kami untuk mencari sinar Keimanan kepadamu.Pandulah kami Ya Allah dalam mendidik anak-anak kami, supaya dapat mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kau tunjukkan kepada kami, jalan yang terbaik untuk kami mendidik anak-anak kami ' IMAN MUHAMMAD ZIKRI dan IMAN NUR SYAMIMI.
"Bila ku sedari,diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani. Bila terkeliru, ku sebut nama-Mu, terasa diriku kembali dipandu. Engkau yang pertama, tiada akhirnya, aku dalam kegelapan, Engkaulah Cahaya...."

Buat Semua...

0 comments
Assalamualaikum. Mulakan pagi anda dengan senyuman dan rasa syukur kepada Allah kerana Dia, kita masih dapat menhirup udara segar dan meneruskan agenda kita sebagai khalifah-Nya. Selamat pagi buat abg yang tercinta, anak-anak ummi yang dikasihi dan semua umat islam.


Friday, April 10, 2009

Ya Rabbul Izzati....kurniakan aku..

0 comments

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.

Kek Untuk Abah

0 comments
YOK LAYANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.

kontrol encem jer abg zhiki n abah tu..
Tengok adik sya tu,, mana malu nak bergambar walaupun mulut sememeh dengan coklat
Ni saper nyer berday sebenaunye ni?keje yer mengorek krim.. emmm
sedappp..

Timer kacih ummi, sediakan suprise untuk abah ni..hehe.

Birthday kek yang ditempah dari Aunty Zack, untuk abah yang terchentaa..
Happy Belated birthday untuk abah. Wahh.. bestnye abah tu.. dapat makan kek birthday yang ummi tempah dari Zack khusus untuk abahnyer berday.. Ni kira first time la abah dapat kek untuk berday dia. walaupun belated..( sebab abah gi observed aritu kat kk), tu yang wat kek lambat tu.. papehal.. jom layan gambar ni dulu..


Wednesday, April 1, 2009

Selamat Hari Lahir Abah.We Love You

1 comments

Esok adalah hari lahir Suami ku yang amat aku kasihi dan abah yang tersayang buat anak-anak ku. Tapi sayangnya abah tidak ada bersama untuk menzahirkan kata-kata gembira ini sempena hari lahirnya. Kami akan menunggu kepulangan abah dengan penuh sabar. Selamat hari lahir sayang.. Ummi dan anak-anak akan sentiasa mendoakan abah. Semoga Allah sentiasa merahmati abah walau dimana abah berada.

Happy Birthday Abg Lie

0 comments
1 April, my beloved brother's birthday. Selamat Hari Lahir yang ke -50, abg lie. Di kesempatan ini, sue nak doakan semoga abg lie akan sentiasa dirahmati allah dan akan sentiasa dilindungi oleh-Nya. Sue akan sentiasa ingat segala jasa dan pengorbanan abg lie yang telah menjaga dan membesarkan sue dari kecil di shah alam sehinggalah sue kahwin. Sue masih ingat bagaimana abg lie mengajar sue untuk hidup berdikari dan menjadi seorang yang tabah dan cekal. Abg lie dah ajar sue pelbagai perkara, membezakan yang baik dan yang buruk, mengenal erti kasih- sayang, dan macam-macam lagi. Tanpa abg lie yang telah mengajar sue, tak mungkin sue akan menjadi seperti ini sekarang. Semoga abg lie akan terus berbahagia bersama dengan keluarga. Terima kasih, abang ku, Prof. Madya Dr. Hj. Wan Ramle Wan Abdul Kadir.

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates