Tuesday, October 12, 2010

Terima kasih Bee..

2 comments
Salam sayang. Jumpa lagi untuk kesekian kalinya.. mcm yang aku katakan sebelum ini, aku happy dengan apa yang berlaku sepanjang minggu ini dan bertambah happy lagi bila dpt buat sesuatu untuk hubby..Terima kasih bee.. hanya Allah yang dpt membalas apa yang bee buat untuk asue..
Bee, abg zikri dan adik sya adalah insan yang paling menggembirakan ummi selama ini. Ummi sayang sangat.
Ini jam tangan BELL & ROSS yang bee hadiahkan untuk ummi. Bee bought one pair for me and for him. Baru jer dpt Rolex.. smart sgt bila dpt pakai jam ni. Happy lagi..dah setahun ummi pakai Roscani.. so, boleh tukar-tukar..Dan sebagai balasannya.....

Ummi masakkan donat coklat untuk minum petang. Donut topping coklat dengan coklat rice, almond, chocolate chips. Yummy.. These doughnuts made together with cekchik.. thanks chik...eventhough the texture is not so smooth, but the makan jer la... sebab coklat tu telah menenggelamkan kelemahan yang lain. hehehe..ku gembira....
okie dokkie, jumpa lagi lain kali dalam mode gembira. hehehehehehehe.. kalu sedih pun, tulis jugak nanti..





Tuesday, October 5, 2010

I love this week.

1 comments

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Barakallahu lakuma. Syukurnya rasa apabila tiba minggu ini. Minggu 'rehat' dari mengerjakan aktiviti rutin di sekolah,. heheh. tp kat rumah, mcm biasa. Lebih gembira lagi bila ayah mertua dan cekchik datang umah. Abg zikri dan adik sya la yang paling gembira. Riuh satu rumah diorang 'bergaduh' kat dalam rumah tu. Cekchik ada praktikum kat Hospital Tawau..


Plan minggu ni nak bawa ayah gi semporna. Nak gi jauh-jauh tak sempat sebab hari sabtu ayah dah nak balik. semalam,best tengok ayah, berjaya jugak beli barang jati.. walaupun kecik, tp sebagai kenangan datang ke tawau ni. hehe..sebuah jam berbunga anggur dan lampu hiasan yang comel dari jati. aku pun takmo kalah.. semalam menempah set kerusi jati jenis bali dengan harga RM4+++. Hehehehe..Ni sebenarnya plan dari tahun lepas lagi. since tahun depan baru dapat set kerusi ni... jadi, kerusi ni adalah impian 3 tahun la..tahun lepas, tahun ini dan tahun depan. wah.wah.wah.heppi. Insyaallah, semoga dapat melihat kerusi ini tahun dpn. Thank you to my beloved hubby kerana sama2 menyokong hobi tahunan ini.

okay, itu cerita gembira dari cikgu sue dan keluarga buat kali ini..salam sayang.








Wednesday, September 22, 2010

Memori raya kami..

2 comments
Salam Eidul - Fitri.

First and foremost, Alhamdulillah, 'cause Allah had gave this chance to update my webby blog. huhu. Hermmm.. excited and really excited to finish the story of my hari raya with beloved family kat kampung..i really happy till i can't describe how i feel.. Just imaging, almost 1 year hubby and i duk terperap kat tawau ni, we really missed the time we spent at our kampung..


Felt like the tears dropping down by my face when i saw my kids were excitedly hugged by their grannies. Tok Wan, Tok Ayah, and Tok Ma. Lama sgt tak jumpa cucu..hehehe. Ditambah lagi dengan layanan tak putus pada zikri and adik sya from their aunt and uncle.... Apalagi.. they behaved like king and queen in all occasions...

All of these began when we started our journey of joy to kampung by Boeing 747, transit sehari kat umah makcik joh di gombak.. actually..flight sampai kl jer pong..Earlier planned, we'll wait for zikri's Ninik from JB, then convoi together-gheter with Pukkie (sebut bior terang mcm zikri ek...). while waiting for Nik, for the first time abah and me went shopping at SOGO while kids were 'parented' by Ngongoh, who was specially transported frm kampung to be a co- pilot.. Thanks for your helping hands Ngoh..hehehe..Bee, ni baru betul sopping.. brape yer abis?? Ngee..ngee..ngee..
On Tuesday, we started out convoi from Gombak to our kampung with two cars, Ninik's and Pokkie's car..sampai jer kampung, hilang segala rindu...Nasib bek masa ni lum waktu berbuka puasa lagi.. apelagi.. bazaar ramadhan la pulak destinasi seterusnya..Hemm.. beshhhh dpt makan kuehs yg tak de kat tawau.. hehe... walaupun diriku ni tak berpuasa, tp totap berbuka sama..
Hurray... its raya time.. but, a little bit sad because abah's baju melayu hasn't done..terpaksa pakai yg beli punyer..but unfitted with abah..huhu.my baju raya also. Luckily, adiks sya's dress done..kalu tak takde baju kurung langsung princess ummi ni.
So, lets the pictures talk....
























Wednesday, September 1, 2010

Bulan Puasa..

0 comments

1. Salam Ramadhan Kareem.
Selamat berpuasa untuk suami yang tersayang, anak-anak ummi, tetap bangun sahur w/pun tak puasa, kengkawan dan muslimin muslimat..
Alhamdulillah, walaupun tak dpat berpuasa pada permulaan ramadhan, tp menyediakan juadah berbuka untuk abg, sangat menggembirakan hati..dan ini adalah juadah istimewa iaitu sotong sumbat yang dah lama ummi idamkan, makan bersama abah..
2. Balik kampung....
sampai masa yang sangat ditunggu oleh seisi keluarga....Balik kampung.. tradisi yang wajib dibuat walaupun dipisahkan oleh lautan luas.. tak sabar betul.. setelah berhabis mengemas, membeli yang mana patut.... anak-anak ummi la yang paling excited.. abg zikri dan adik sya nak balik jumpa tok wan, tok ayah, tok ma, ngongoh, sedara dan semuanya..




Tuesday, July 20, 2010

1 comments

Assalamualaikum w.b.t...

Ni post pasal Abah mancing kali ke seterusnya. Rezeki memancing Abah bertambah baik. Walaupun penat, balik tetap gumbira sbb bawa balik ikan yang Abah sendiri tarik naik. Sempat lagi bergambar sebagai kenangan kat laut. Maklumlah, sebelum ni turun jugak tapi tak dapat hasil....hehehe...kasihan Abah.
Apa2 hal pun berterima kasih pada Abg Dillah sbb ajak Abah g mancing. Byk tunjuk ajar dari dia n walaupun hasil tak lumayan tapi Abg Dillah tetap jugak ajak Abah turun mancing. Terima Kasih Abg Dillah.
Di bawah ni gambar Abah bersama hasil mancing. Yang sekor tu ( yang besar tue ) Abg Dillah punyer....hehheee...pinjam jap yer Abg Dillah......Yang kecil tue Abah punyer.....
Yang bestnyer kali ni, klu Abg Dillah tarik ikan merah, Abah pun tarik ikan merah...Bila Abg Dillah tarik ikan belukang (belang adidas) Abah pun sama. hehehe...


Senyum gumbira tue.....

Ni hasil tangkapan yang telah dibahagi-bahagikan...

Ni nah siakap merah asam pedas masakan Ummi...Memang sedap hingga tak cukup nasi.....hehehehehehehe.....

Sunday, July 11, 2010

Returned from the sea.

0 comments
Salam alaik. Alhamdulillah.. abah dah selamat pulang dari memancing..Alhamdulillah sebab kali ni rezeki lebih banyak Allah turunkan..Lain kali boleh pergi lagi la abah.. tak perlu asue nak drive gi pasar.. yang ni lagi best.. fresh sangat...

tengok tu.. adik sya pun gembira betul dpt snap gambar dengan ikan tu..hehehe.



Ikan kerapu ni berat dier 2.2kg. Masa nak tarik naik mmg berat. Terpaksa Abg Dillah tolong naikkan. Tengok dia layan ikan ni masa nak naikkan pun terasa sakit tangan. Pengalaman lah untuk Abah.


Ni pula salah sekor drpd dua ekor ikan sembilang yang Abah dapat tewaskan. Yang kelakarnyer Abah boleh tak kenal ini ikan sembilang. Tergelak Abg Dillah. Ikan ni ada tiga duri, bisanya boleh sebabkan masuk hospital tue....


Nie hasil yang telah dikongsi bersama. Adat turun mancing biar sama merasa. Minggu lepas Abah tak dapat ikan, minggu ni dapat hasil yang agak lumayan. Tangkapan pertama adalah ikan merah seberat 1.1kg, kedua ikan sembilang then ikan kerapu tue yang ketiga. Lagi sekor ikan sembilang pagi sebelum balik pengkalan. Pengalaman merasa umpan ditarik ikan memang best. Abah kata nak turun lagi....

Suka betul adik Sya n abg Zikri. Ikan kerapu tue hampir sama tinggi ngan adik Sya...


Tunggu apa lagi..terus masak. Ikan sembilan masak kunyit kuas...Fresh n memang sedap....Abah kata tue...
Nie nah...memang sedap. Tadi tue dah dipanggang duluan...Slurppppp...
Abah boleh berpuas hatilah selepas dua tiga kali turun tapi asyik bw balik hasil org lain then kali nie bawa balik hasil sendiri. Memang penat tapi Abah hepi. Rasa sakit n penat macam ilang jer...hehehehe...tapi petang tue Abah tido sampai 2jam...

Tuesday, July 6, 2010

Kepuasan Peribadi kurniaan Ilahi.

0 comments
Salam.. hai sejak ada buku muka ni, blog aku ni jadi mcm anak tiri pulok.. cian dia. takpe, kerana kali ni aku nak post satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan dalam kerjaya ku sebagai seorang guru.
Dari awal lagi aku dah bagitau hubby untuk masuk pertandingan ini.. hubby bagi sokongan penuh, malah selalu tolong aku dalam projek ni.. siap pinjamkan buku n pulangkan buku dari library lagi. Thanks sayang, jasa bee tak dapat honey balas.. Projek Tokoh Guru Nilam daerah Tawau ini adalah untuk guru2 yang telah membaca buku lebih dari 50 buah buku dan menulis ulasannya.. Didalam kesibukan, ia tak menghalang aku untuk meneruskan projek ini, sementelah lagi membaca adalah hobi.. tak kira la buku beli ker, pinjam ker atau pemberiaan org.. Terima kasih kepada kawan2 yang meminjamkan buku..
gambar-gambar ini merupakan hasil daripada usaha ku.. Anugerah disampaikan semasa Sambutan Hari Guru peringkat daerah Tawau di Institut Perguruan Tawau pada 3 Julai 2010.

Tokoh Guru Nilam daerah Tawau 2010..


Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah..
Terima kasih terutama sekali hubby tercinta, kawan2 yang tak jemu menyokong dan mendoakan. semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang..

Bye. wassalam.

Thursday, July 1, 2010

Abah g Langkawi

0 comments
Ini adalah coretan kenangan semasa kursus di Pulau Langkawi.





Ni pemandangan dari flight Mas Airbus 380. 1st time abah dapat naik kapal terbang besar ni......Cantikkan pemandangan awan tue....







Bayangkanlah...tempat duduk Abah adalah H42. Seat paling belakang. Ada 2 seat tepi 4 seat tengah n 2 lagi seat tepi. Ntah berapa ramai penumpang dalam flight ni....luas n selesa betul....



Ni lah pemandangan dalam flight...dah Abah duk seat paling blakang, makan pun dapat lambat r....huhuuhu...tapi paling best dapat byk kacang n makanan masa tu pulak best...

Ni pula hidangan semasa penerbangan ke Langkawi dari KL. Hidangan sarapan pagi untuk mereka yang bertuah...Abah la tue...tetiba jer tiket Abah ditukar dari 17c ke A3...Alhamdulillah rezeki....Business class tue....Terima kasih MAS...

Inilah pemandangan airport Langkawi....


Semoga satu hari nanti kami dapat datang bercuti satu keluarga ke Pulau Mutiara ni.

Insya ALLAH...mudah2an murah rezeki kami nanti.

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates