Showing posts with label Teacher Sue. Show all posts
Showing posts with label Teacher Sue. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

I love this week.

1 comments

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Barakallahu lakuma. Syukurnya rasa apabila tiba minggu ini. Minggu 'rehat' dari mengerjakan aktiviti rutin di sekolah,. heheh. tp kat rumah, mcm biasa. Lebih gembira lagi bila ayah mertua dan cekchik datang umah. Abg zikri dan adik sya la yang paling gembira. Riuh satu rumah diorang 'bergaduh' kat dalam rumah tu. Cekchik ada praktikum kat Hospital Tawau..


Plan minggu ni nak bawa ayah gi semporna. Nak gi jauh-jauh tak sempat sebab hari sabtu ayah dah nak balik. semalam,best tengok ayah, berjaya jugak beli barang jati.. walaupun kecik, tp sebagai kenangan datang ke tawau ni. hehe..sebuah jam berbunga anggur dan lampu hiasan yang comel dari jati. aku pun takmo kalah.. semalam menempah set kerusi jati jenis bali dengan harga RM4+++. Hehehehe..Ni sebenarnya plan dari tahun lepas lagi. since tahun depan baru dapat set kerusi ni... jadi, kerusi ni adalah impian 3 tahun la..tahun lepas, tahun ini dan tahun depan. wah.wah.wah.heppi. Insyaallah, semoga dapat melihat kerusi ini tahun dpn. Thank you to my beloved hubby kerana sama2 menyokong hobi tahunan ini.

okay, itu cerita gembira dari cikgu sue dan keluarga buat kali ini..salam sayang.








Tuesday, July 6, 2010

Kepuasan Peribadi kurniaan Ilahi.

0 comments
Salam.. hai sejak ada buku muka ni, blog aku ni jadi mcm anak tiri pulok.. cian dia. takpe, kerana kali ni aku nak post satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan dalam kerjaya ku sebagai seorang guru.
Dari awal lagi aku dah bagitau hubby untuk masuk pertandingan ini.. hubby bagi sokongan penuh, malah selalu tolong aku dalam projek ni.. siap pinjamkan buku n pulangkan buku dari library lagi. Thanks sayang, jasa bee tak dapat honey balas.. Projek Tokoh Guru Nilam daerah Tawau ini adalah untuk guru2 yang telah membaca buku lebih dari 50 buah buku dan menulis ulasannya.. Didalam kesibukan, ia tak menghalang aku untuk meneruskan projek ini, sementelah lagi membaca adalah hobi.. tak kira la buku beli ker, pinjam ker atau pemberiaan org.. Terima kasih kepada kawan2 yang meminjamkan buku..
gambar-gambar ini merupakan hasil daripada usaha ku.. Anugerah disampaikan semasa Sambutan Hari Guru peringkat daerah Tawau di Institut Perguruan Tawau pada 3 Julai 2010.

Tokoh Guru Nilam daerah Tawau 2010..


Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah..
Terima kasih terutama sekali hubby tercinta, kawan2 yang tak jemu menyokong dan mendoakan. semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang..

Bye. wassalam.

Saturday, August 1, 2009

Sekolah ku di tutup-Penularan H1N1

0 comments
Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam.
2 hari lepas, sekolah aku dikejut dengan seorang pelajar berbangsa Cina yang positif dijangkiti Virus H1N1, dan 14 yang lain telah dikuarantin. semasa perhimpunan tergempar pagi kelmarin, semua kaum telah diajak berdoa meminta pertolongan Tuhan agar dijauhkan bala ini. Nauzubillah
Hem, lagi satu ujian Allah keatas manusia.
Kita ni sebagai umat Islam telah diberi kelebihan dan kekuatan dengan berdoa. Maka, manfaatkanlah segala kelebihan dan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita, sebagai umat Islam, disamping bersyukur kepada-Nya, kerana diberi nikmat Islam ini. Disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Ghafir, ayat 60,
Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina."
Sehubungan itu, sekolah telah diberi notis tutup oleh Pejabat kesihatan dan pendidikan sehingga hari khamis depan. tak taulah bila nak ganti tu. Harap2 tak. haha. Tak kisahla, kerana aku seorang guru, apa sahaja arahan aku terima selagi ia tak membebankan. Mengajar adalah amanah Allah yang telah diberikan kepada ku. Akan aku laksanakan seikhlas mungkin.

Friday, January 9, 2009

Weekly wrap up

2 comments



assalamualaikum. ermm, dah seminggu aku tinggalkan blog aku ni. biasala... kalu dah start core bisness, part-time bisness ni (blog ni la) terpaksa la dilupakan dahulu. first day gi skul mcm kelam kabut jer sebab kena cepat nak hantar sya and i have to attend skul assembly. tapi takpe sebab aku dan bgtau pada pk hem aku. malas la aku nak kasi tau mr.tung tu. for the sake of my children, i have to send them to the nursery, show them that i didnot left them for fun. along the way, hati ni rasa tak tenteram jer, duk fikirkan syamimi menangis. hemm, alhamdulillah, masa sampai sana, sya tido. taklah rasa ralat sangat bila tinggalkan dia. abg zikri pun dah pandai , tak menangis. rileks jer. so, bila dah skolah, banyak la keje nak kena buat. nama pun cikgu. settlekan apa yang patut. tp masa masuk ngajar form 3, tu yang aku rasa lain sket.. ni first time aku ngajar form 3, takde pengalaman lagi. takpe su, pelan-pelan..diorang tu budak kecik2 jer. hehehe. minggu depan dah start masuk lab untuk eksperiment kimia budak2 ni. aku suka masa eksperiment ni sebab, aku tak perlu beri banyak penerangan, just sebagai fasi jer. masa pun cepat tamat. minggu depan jugak aku dah start latih rumah sukan aku. aku dilantik jadi ketua guru untuk rumah sukan aku. thanks for the post.adik sya and abg zikri, ummi terpaksa tinggalkan anak2 ummi sampai petang. sorry yer sayang. duk sana baik2 yer.. jangan nakal nakal, jangan nangis nangis. nampaknya, selagi tak dapat pengasuh, ummi kena tinggalkan kat nursery sampai petang la sebab ummi nak buat tuition sampai kul 4 kat rumah. hari khamis aritu, bila aku nak gunakan laptop yang skolah bagi kat aku, aku geram betul sebab 'tikus pink' kesayangan, pemberian hubby hilang. huhuhu. tak sangka, ada jugak kucing hitam@toy*** kat skolah tu. takpelah, bukan rezeki aku. abg, maafkan asue. lain kali asue takkan simpan apa2 pun kat dalam beg laptop tu bila asue pulangkan laptop tu. okay.. cukupla setakat ni jer catatan / rumusan untuk seminggu ni. nak masak pulak untuk family..




 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates