Showing posts with label LOVE ROOM. Show all posts
Showing posts with label LOVE ROOM. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Hai hati, Biarkan ia berlalu

0 comments
Wahai hatiku, bawalah apa yang ku rasakan sekarang ini pergi jauh dariku. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk menanggungnya. Ya Allah, tolongkan lapangkan dada dan hati ku ini. Berikan aku petunjuk.



Tuesday, August 25, 2009

Khususan Ila Habibi

1 comments
Salam alaika. Istimewanya hari ini kerana hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan suamiku yang ke- 4 tahun. Syukur alhamdulillah. Terasa cepat masa berlalu hingga tak terasa kini kita telah dikurniakan 2 cahaya mata. masih lagi asue teringat kenangan manis kita di pantai Batu Buruk. Hehe. "its beyond our imagination, right"
Semoga perkahwinan kita akan terus disinari kasih-sayang yang tidak pernah luak antara kita. Semoga Allah akan terus merahmati keluarga kita.

Selamat Hari Ulangtahun, Sayang.

Friday, January 9, 2009

Gurau-senda Malam Sabtu

1 comments
Anyone likes to speak about lurve? jot down here

Puisi daripada sang suami kepada isterinya

Isteriku,jika engkau bumi,akulah matahari.Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.Ingatlah bahtera yg kita kayuh,begitu penuh riak gelombang.Aku pasti akan tetap menyinari bumi,hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawaTuhan mencipta bukan hanya bumi,malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.....Relakanlah aku menyinari planet lain,menyampaikan faedah adanya aku,kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

Balasan Puisi sang isteri

Suamiku,andai kau memang mentari,sang surya yang memberi cahaya,aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yangtelah TUHAN ciptakan kerana mereka jugas eperti aku perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII..Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...Cuba lihat siapa dirimu...MATAHARI atau lilin ?atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah...!!!
 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates