Showing posts with label I love you. Show all posts
Showing posts with label I love you. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

Hanya sampai di sini..

0 comments
Assalamualaikum. Entry kali ni ummi tujukan khas untuk anak ummi yang disayangi, abang zikri. Ummi tak tahu nak start mcm. Hem, ummi masih ingat lagi, hampir 3 tahun dulu, abah dan ummi teringin sangat nak abg zikri main-main dengan basikal.. jadi abah dan ummi pergi servey kedai basikal abg. lalu, jumpalah basikal bug yang comel tu.. mcm bumblebee plak.. Ummi ingat ummi bawa abang zikri gi round2 taman dengan basikal ni la..kalau abang zikri naik basikal ni, dia bukan kayuh pada pedal basikal, tapi, tolak kaki pada rantai. kelakar jer..
bila dah ada adik, berebut pulak dengan adik, sampai ummi dan abah terpaksa sembunyikan basikal ni.. huhuhu.. ummi ingatkan sempatla ummi bagi adik sya pulak yang naik basikal tu, dan beli yang lebih besar untuk abang zikri...
tapi itu semua hanya tinggal kenangan. rasa sayu, sebak sempai menitis air mata ummi bila tengok badan basikal tu dah terpisah dua.. rosak, besi penyambung dah patah. walaupun boleh beli yang lain, tapi basikal ini tetap menjadi nilai yang sangat sentimental...

bumblebee ni nampak masih ok....tapii...

tengoklah,, leher basikal ni dah hampir tercabut.. dan



akhirnya, terpisah juaa...
ummi akan belikan yang baru yer abang zikri..









Friday, July 31, 2009

Selamat Hari Lahir Anakku, Zikri

0 comments
Assalamualaikum. 31 July 2006, abang zikri telah dilahirkan dengan selamatnya ke dunia. Syukur alhamdulillah. Hari ni, genap umur abang zikri 3 tahun. Ummi dan abah harap, anak ummi dan abah ni akan menjadi seorang anak yang soleh, mendengar kata ummi abah, dapat tunjukkan contoh yang baiik untuk adik abang zikri. Ummi dan abah sentiasa doakan yang terbaik buat abang zikri. Bila abah balik nanti, kita akan celebrate birthday abg ye. Ummi akan buat kek dan pizza untuk abang ye. Hari ni jugak abah dah habis kursus di Shah Alam, tp tak dpt balik lagi.
Okay sayang, ummi dan abah sayang sangat kat abang zikri.

Monday, June 22, 2009

Engkaulah abang, engkaulah bapa.

0 comments
Assalamualaikum. Sebenarnya aku nak tulis blog ni pagi kelmarin, tetapi lepas tulis entri pertama, anak-anak dah panggil untuk tidur. Entri kelmarin pun banyak kali sudah jadi episod bersambung. Pertama-tamanya aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada abang (abah untuk zikri dan syamimi. "syg, you are the great dad ever"), ayah mertua (aku menantu kesayangan ayah, hehe) dan kepada abang lie. Sayu nya hati ini kerana tidak pernah aku berpeluang untuk mengucapkan selamat hari bapa ini kepada ayahku sendiri kerana wae (wae, panggilan aku terhadap ayah) terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi. Semoga wae sentiasa ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.
Selepas arwah wae meninggal dunia, ketika itu umur aku 8 tahun, keluarga kami terpisah. abang-abangku tinggal bersama pakcik, cuma adikku lelaki tinggal bersama ma di kampung. Aku diambil tinggal bersama abang lie di Shah Alam. Bermulalah kehidupan aku sebagai budak bandar. Abang lie telah banyak mengajar aku tentang kehidupan. Banyak pengalaman pahit manis selama 23+ aku tinggal bersama abang lie. Bagi aku, dialah abang, dialah ayah. Terima kasih diatas pengorbanan abang lie terhadap sue. Dialah PM. Dr. Wan Ramlie Wan Abdul kadir, abang yang tidak pernah ada hubungan darah daging dengan aku.

Saturday, June 20, 2009

Di saat Cintaku Kian Bersemi...

0 comments
"Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara ( rahsia dan hartamu ) dengan sebaiknya.” ( Riwayat Abu Daud dan al Hakim )

Assalamualaikum. Terasa rindu hendak mencoretkan sesuatu di dalam blog ku ini. Biasanya pada waktu-waktu sebegini, aku sudah lena diulit oleh adik sya. hehe. bukan aku yang ulit adik sya.(macammanatu?) Abang zikri pun dah tidur. 2 hari sebelum ni, abang zikri demam, alhamdulillah, sekarang dah elok. Abang buat apa pulak sekarang ni??
Hem, sekarang abang jauh dari sisi aku dan anak- anak kami. Hem, itulah yang membuatkan aku ingin mencoretkan sesuatu, teristimewanya buat abang. Pagi kelmarin, abang bertolak dari sini ke kuantan untuk menguruskan pelajar untuk sukan kolej.Seminggu abang akan berada di kuantan, dan tiga hari di kampung. Sebelum bertolak, perasaan aku resah dan gelisah. Dalam hati ni berkata-kata "abang, asue harap abang tak jadi pergi". Aku memeluk abang apabila hendak bertolak. lama pelukanku, seolah-olah tidak mahu abang tinggalkan aku dan anak-anak. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku terlalu sedih ya Allah. Setelah apa yang berlaku, aku rasakan semakin hari perasaan kasih sayang dan cintaku pada abang semakin bertambah, melebihi sewaktu kami mula menjalinkan ikatan. Mungkin kah ini kemuncak kasih sayang ku pada abang. Itu yang menyebabkan aku terasa kehilangan sewaktu abang hendak melangkah pergi. "Abang..semoga cepat pulang. asue tak sanggup berjauhan lama dari abang"

Abang banyak mengajar aku bagaimana untuk menjadi isteri dan ibu. Kesabaran abang menegur dan membimbing aku membuatkan kehidupan aku menjadi semakin baik.Kritikan abang tidak melemahkan aku Sebelum ini aku kurang sabar dengan anak-anak, tetapi abang telah banyak menyedarkan aku. Abang selalu berpesan pada aku untuk untuk berlembut pada anak-anak. Aku jadi tersedar bila membaca catatan ini. “Jika Nabi s.a.w mengarahkan kelembutan dan kelunakan sebagai asas membawa manusia kepada Allah swt, apatah lagi dalam usaha membawa keluarga dan anak kepada agama tentulah juga kelembutan dan kelunakan menjadi keutamaan.
Nabi SAW bersabda :“Sesungguhnya agama ini adalah kukuh, maka oleh kerana itu serulah ke dalamnya dengan kelembutan”
Firman Allah SWT pula di dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud : ”Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu…”. Ya Allah, terima kasih abang.

Keprihatinan abang terhadap aku dan anak-anak melebihi keprihatinan terhadap dirinya sendiri.
Aku menjadi sebak untuk memikirkan kehidupan ini tanpa abang untuk 2 minggu ini. Ya berikan aku sedikit kekuatan.
Abang, asue berharap asue dan anak-anak akan terus menjadi kekuatan abang. Menjadi semangat abang.
"Jika hati, pemikiran dan sikap suami mampu ditenang oleh isteri dan anak-anak sebagai ‘cahaya mata’ penyejuk jiwa dan raga, maka sudah pasti dia akan menjadi lelaki yang bijak serta tenang dalam mengambil sebarang keputusan dalam kerjayanya".
Abang, salam penuh kasih sayang dari isterimu. Wassalam

Saturday, April 25, 2009

Sayangku...

1 comments



Buat insan yang bergelar Isteri dan Ummi yang dikasihi dan disayangi. Terima kasih teramat sgt dan memang tidak dapat dibalasi segalanya dengan ucapan kata2 kecuali harapan dan doa kepada Ilahi semoga Sayamg diberi kekuatan untuk terus menjadi Isteri dan Ummi yang solehah dan cemerlang. Kami sayang Ummi. Abah sayangkan Ummi bangat...Ana Uhibbu Jiddan ya Ummi... :*

Thursday, April 23, 2009

Selamat Hari Lahir Puteriku

0 comments

Selamat hari lahir yang pertama anakku sayang. Hari ni adik sya dah berumur 1 tahun. Hem.. comel ummi dan abah dah besar. abah dan ummi doakan agar adik sya akan terus membesar dengan sihat dan kuat.. nanti boleh main2 dengan abang zikri. Semoga adik sya akan membesar menjadi anak yang solehah. Insyaallah. Ummi, abah dan abg zikri sayangkan adik sya..

Saturday, April 11, 2009

"Iman-iman ku".......

0 comments
Sesungguhnya aku mencari 'iman' bersama suami ku. Berkat doa dan limpah kasih-sayang-Mu, kau kurniakan 'iman' -Mu kepada kami. Terima kasih Ya Rabbi. Akan kami ajarkan kepada 'Iman' yang telah kau kurniakan kepada kami untuk mencari sinar Keimanan kepadamu.Pandulah kami Ya Allah dalam mendidik anak-anak kami, supaya dapat mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kau tunjukkan kepada kami, jalan yang terbaik untuk kami mendidik anak-anak kami ' IMAN MUHAMMAD ZIKRI dan IMAN NUR SYAMIMI.
"Bila ku sedari,diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani. Bila terkeliru, ku sebut nama-Mu, terasa diriku kembali dipandu. Engkau yang pertama, tiada akhirnya, aku dalam kegelapan, Engkaulah Cahaya...."

Friday, April 10, 2009

Ya Rabbul Izzati....kurniakan aku..

0 comments

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.

Wednesday, April 1, 2009

Selamat Hari Lahir Abah.We Love You

1 comments

Esok adalah hari lahir Suami ku yang amat aku kasihi dan abah yang tersayang buat anak-anak ku. Tapi sayangnya abah tidak ada bersama untuk menzahirkan kata-kata gembira ini sempena hari lahirnya. Kami akan menunggu kepulangan abah dengan penuh sabar. Selamat hari lahir sayang.. Ummi dan anak-anak akan sentiasa mendoakan abah. Semoga Allah sentiasa merahmati abah walau dimana abah berada.

Wednesday, February 4, 2009

For My Imans

0 comments

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates