Friday, June 12, 2009

Pasal aku dan sekolah aku dolu2.

2 comments
Mende ni jumpa kat blog cik rerama beku, opismate abah. Cam minat jer aku nak jawab soklan2 nih. maklumlah, banyak kenangan masa adolasence dulu. hikhik.

1. Who were your seatmates?
- Form 1: Syaja. - Form 2: lupa la. - Form 3: Zureen-(masa form 1-3, aku kat SM Iskandar Shah, Jasin ) Form 4(Jab aku kat skul teknik, then aku kat SBP Sains Muar.: Har Einur, Imah- Form 5- Grouping- maman, aida, har, Hairi dan zarul.

2. Still remember your English teacher?- Form 1: erm...tak ingt..- Form 2: Lupa lagi- Form 3: Tak ingat- Form 4: Cikgu Umi- Form 5: Miss Aida ( Teruk kan aku ni.)

3. What was your class name?-1 A-2 A-3 A-4 Cekap-5 Cekap.

4. Made friends to the lower years?-adalah adik angkat masa aku form 2. Biasalah bila skolah kat asmara/ asrama. masa kat sains muar pun ado jugok.

5. Had a boyfriend/girlfriend?- Masa form 1, aku dah ada peminat, form 2 pun sama. padahal, aku bukannye menarik sangat pun. ordinary girl je. Masa ni, aku jadi rebutan. haha. sampai aku nak kawen dengan abg pun, dia masih cari aku. Pernah gak ar bercouple dengan mamat sorang ni. Form 4 & 5, aku takde masa nak couple. hekhek.

6. How was your table arrangement in class?- in pair and grouping.

7. Made any enemies?- form 1-3, ada ramai yang jadikan aku musuh sebabnya pakwe2 diorang minat kat aku. haha. Sengal jer bunyi. Sumpah, aku tak pernah nak usik pakwe diorang tu. ada sorang hamba allah ni jadikan aku musuh sebab pakwe dia nak amik aku jadik adik angkat dia. Dia phsyco aku sampai aku menangis dalam locker. sejak tu aku sumpah dia yang dia takkan berjaya dalam spm. Memang yerrr. masa aku kuar dari skolah tu dengan flying colors, aku nampak dia repeat spm, sebab spm dia pangkat 3. Masa tu suka giller aku tengok kegagalan dia sambil dengan bangganya aku menayangkan baju Sains Muar aku.. HAHAHA. Evil laugh.

8. What games did you play?- aku wakil bola tampar sekolah.
9. Did you buy your lunch?- lunch at skul dining hall jer.
10. Were you a party animal?- never had
11. Were you well known in your school?- form 1-3, agak la femes sebab masa tu aku top ten academic...Masa form 4 kat skolah teknik 2 bulan, aku pun top ten jugak. hehe. Bangganye la jugak sebab nama naik "WALL OF FAMES".
- form 4-5,kat sains muo, aku humble je orangnye.


12. Skip classes?- nope.. nak kene penampor dengan warden yang garang??
13. Did you get suspended/expelled?- Budak baik...
14. Can you sing the school song?aku ingat korus je. ek em..TESTING..Dengan restu, ayah dan ibu, serta rahmat dari tuhanku.belajar berbakti, itulah azam kami, menjadi hasrat ibu pertiwi.....


15. What was your favorite subject?- form 1-5, aku suka semua subjek sebab kalau tak suka, nanti tak ikhlas belajar..walaupun addmet dan fizik aku 9 jer memanjang. huhu.Lulus gak masa SPM.

16. What was your school’s full name?- Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Jasin, Melaka (form 1-3), SM Teknik Bukit Piatu, Melaka, Sekolah Menengah Sains Muar(SBP) ting 4-5.

17. Did you go to the dances?- aku nak menari??huhu. kalu berenang, bagi jer kat aku.

18. Where did you go most often during breaks?- duk kelas je.
19. If you could go back in time and do it all over, would you?- aku nak bersama semula dengan study group aku masa form 4-5.
20. What do you remember most about 5th year?- semangat kestudian study group aku yang amat luar biasa. lepas tu, result cemerlang dalam spm. Bangganya kami.
21. Worst memory in 5th year?
- aku kena join kelas icu addmet. huhu sebab markah aku bawah daripada 20%. aku dapat 9%jer. terrer kan addmet aku. tp aku still suka addmet sebab cikgu Mohammad tak pernah marah2 kami yang lemah ni. Thank you teacher.


sekarang aku dah jadi cikgu, aku selalu gak ingatkan anak murid aku supaya mencipta kenangan yang indah masa skolah menengah supaya ia dapat menjadi cerita yang menarik untuk hari tua..Gud bye.

Thursday, June 11, 2009

Alahai, anakku dah pandai....

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. Salam alaik. hari ni banyak perkara yang menceriakan hariku berlaku. pertama-tamanya, sebab abah dah balik dan secara otometik, anak-anakku kembali ceria selepas beberapa hari berlagu syahdu.huhuhu..Hanya Allah yang tahu betapa perasaan aku tengok anak-anak bila abah out-station..
Bila abah dah balik.. bermacam-macam aksi lucu yang anak-anakku buat. bagaikan mengalir air mata aku nih tengok. Macam-macam jugak ler kepandaian yang diorang tunjukkan.
Adik sya tiru gaya abang zikri bila hisap susu. bagaikan ada orang ajar, dia gi amik botol susu abg zikri, then baring sambil kaki bergoyang-goyang. adik, adik.

Bila botol susu di mulut, mata tak akan terlepas dari playhouse disney channel. didingbodingdibodingboding. stay tuned sya, dibo will be back after this break.

Bersemangat tul la adik sya makan. AUUUMMM.. skang ni tak nak ummi suap. menangis nak suap sendiri. well adik sya, i let you handle your meal by urself....Sengaja ummi bukak baju dia. takmo salin 2.3 kali.
HEEEE, sejuknya...dah pandai anak sulong ummi ni mandi sendiri. tapi satu la yang aku masih berusaha keras.. ajar zikri gosok gigi.
Selain dari tu.. yang paling aku bahagia.. adik sya dah pandai panggil aku ummi. hehe. terharunya aku sebagai ummi. Minggu ni dia belajar berjalan. Bolehla.. dalam 5 meter, then jatuh , then jalan lagi, dan lagi, dan lagi. Sebagai ummi, dan abah juga tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti segala perkembangan anak-anakku. Melihat mereka membesar dengan sihat dihadapan mata amat membahagiakan kami.

Monday, June 8, 2009

Penajaman skill di dapur

0 comments
Salam alaik wa marhaban bikum. Dah lama aku nak buat roti ni sebenaunye. sejak balik dari kursus roti kat kolej abah, semangat aku berkobar-kobar nak buat roti sebab ni adalah salah satu faberet aku berbanding buat kek. jadik, bila abah dah belikan oven, haa.. dapat la mengetes power. percobaan pertama ni agak okay, cuma, topping mexico bun tu agak garing on the way to hangus. hehebut, still edible. takpe.. boleh diperbaiki.papehal pun, yok layan.....
Coba teka ni apa? .....Memang anak ummi abah ni boleh diharap la. Ni la sosej yang zhiki nak balut dengan doh. tengok yang lain tu zhiki buat... buat shibuk kacau ummi. hehe
Ni mexico bun yang abah suka.
Masa duk baking roti ni.. hemmmm aromanyer menusuk rongga idung ku. Bau dia ala-ala kat kedai femes amos tu. hehe..tak sabo-sabo nak makan.
Ni la dia hasil my humble roti. ni dah separuh dimakan oleh abah dan anak ku.. termasuk aku. Allahamdulillah.. puas hati aku ni..

Sunday, June 7, 2009

My semak backyard

0 comments
Assalamualaikum. Senang hati tengok halaman rumah dan belakang rumah dah dibersihkan. aktiviti ni selain dapat mengindahkan suasana, dapat juga menyihatkan badan dan mengeratkan kasih sayang antara kami. Tak rugi juga berbakti pada tanah. Ada jugak yang ditanam oleh kami dan tuan rumah. tengok hasil tanaman kat rumah ni, hemm.. syukur pada Allah.
Dulu ada tiga batang pokok betik.. tapi tinggal satu jer yang ni sebab yang lain semua dah diserang semut. yang ni pun dah dibuang satu dahan. Hemm, manis betik ni.
Antara berumpun-rumpun serai yang ditanam abg.
Nenas pertama yang mengeluarkan hasil.
Dengan hanya berkaki ayam, terjengket-jengkat abg zikri menyapu. Hemm.. rajinnya anak ummi dan abah ni.
Adik sya pun nak tolong abah bercangkul jugak..
Tu diaa.. cangkul, jangan tak cangkul. jangan cangkul kaki sudah la yer sayang. Abah duk membuang daun-daun lengkuas yang merimbun.
selain dari serai, lengkuas, ada juga kunyit, pokok pucuk manis, daun kari, daun keloi(bugis panggil).terbaru ni, projek tanaman halia oleh makcik. hehe. Senang kata, kalau nak serai ker yang lain ker.. mai jer sini.free jer..

Friday, June 5, 2009

Manusia Merancang, Allah yang tentukan.

0 comments
Assalamualaikum. entri ni ditulis untuk melepaskan rasa yang agak kecewa sebab tak dapat balik kampung ke terengganu. huhu. Beberapa perkara yang tak dapat dielakkan menyebabkan kami terpaksa batalkan hasrat untuk balik kampung. memula tu tak balik kampung sebab abah kena gi kursus, jadi kalu balik.. ummi dan anak2 jer. tak best. mcam tak bermakna jer cuti. then, rasa kecewa sebab abah tak jadi gi kursus.. kalau tahu.. dah lama balik kampung. tak ker sedih tu. tu yang abah tensen tu. then, ummi ingat nak ikut abah gi kundasang, (bila tak jadi kursus kat smnjg, abah bawa budak gi BTN di kundasan). tak jadi jugak. huhu. Ni plan nak bawa anak2 gi mandi kolam menjadi ntah tidak. Tu la.. Kita merancang, ALLAH TAALA YANG MAHA MENENTUKAN. Tentu ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Bila tak balik kg, berkampung la kami kat tawau ni. jadi.. kerja pertama ummi ialah menanda kertas peperiksaan students. ada lagi 2 stack. mungkin kalu balik kampung, tak siap marking paper.. hehe. Yang kedua, dapat luangkan banyak masa dengan keluarga.. mengajar ummi erti kesabaran dengan kerenah anak2, kegembiraan bersama-sama. Alhamdulillah.. papehal pun.. yok layan pics kat bawah ni..


ni abg zikri yang smart dan hensem.
ceria, ceria, ceria duniaku. adik sya yang sentiasa ceria.
clown girl, adik sya. hehehe.. comel betul.

Haaa.. ni lah dia, oven hadiah pemberiah abah untuk ummi sempena bulan May. Big oven SINGER. Dah banyak dah ummi masak dalam ni. hee. ngetes power.
Ni salah satu hasil oven baru.


ummi bersama kengkawan masa aktiviti pelajar di kem wataniah. bersama seorang snipper
Bila start cuti, Ummi bersama student bercamping sempena Perkhemahan Unit-Unit Beruniform. Ni adalah salah satu aktiviti tu., aktiviti di Kem Wataniah. Ni macam ummi yang lebih2 yek.. haha.
Ni aktiviti Ummi bersama guru-guru kat sekolah sebelum cuti. Majlis Makan Malam dan Penghargaan Staf sempena kecermerlangan SPM dan PMR, St. Patrick top di tawau. Diadakan di Hotel Promenade.
jumpa lagi dalam entri lain. tatatititutu. assalamualaikum.

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates