Monday, March 30, 2009

Abah Out-station again

2 comments

Sunday, March 29, 2009

Transformers ke Transformasi???

0 comments
Assalamualaikum. hem nak tergelak bila aku nak mengupdate blog ni. bukan apa, teringat abah gelak bila aku tunjuk muka aku yang lepas kena solek. ye ker ummi nih? Sebenarnya, semalam seharian aku gi kursus solek dan rawatan wajah yang kolej komuniti tempat suami terchenta aku keje anjurkan. Bersemangat la ni nak gi kursus sebab lepas ni boleh la bercantik-cantik depan suami kan???? hehe. Betul tu. Tu jer niat nak gi kursus ni. DEMI KERUKUNAN RUMAH TANGGA. Agar suami lebih sayang. Macam dalam iklan sunsilk nung. kat bawah ni adalah beberapa keping gambar yang aku download masa aku gi kursus solek ni. hehe. Jangan gelak tau kalau tengok. Yg first ni kak salwia, dengan solekan 'natural look'. hehe tersengeh bila dah berjaya menapply teknik solekan yang betul.
Ni pulak Nur, kerani kesayangan principle skul aku. Si Nur ni solek sendiri.. Tp, kesian.. suami duk jauh. Tak dapat nak tengok adindanya ini. Kalu tak, dapat 'present' sepecel la tu.

Ni Kakti, Kawan aku, merangkap urusetia kursus tu. Comel kan bulu mata dia, teknik shading kasik mancung hidung tu menjadi la kakti.

Ni Makcik Kiah, CK kat skul aku. Haa, ni aku n kak siti aisah yang kerjakan kak kiah. Sweet 45 kak kiah ni. Jangan tak caya, kakkiah dapat hadiah untuk make up for sweet 45 hehe.

kat bawah ni pulok.. kak sal sebelum bersolek.

HAA..yang kak bawah ni pulak anak sapa ek? Aku ker? HEhe.. Ni la aku.. setelah disolekkan oleh mak andam tu. hee, cam mana.. ada transformasi tak berbanding dengan gambar yang kat bwah lagi satu tu? ke transformers?? Yang tak sanggup nak solek lagu ni tu bukan pasai apa.. pasai nak kena cuci semula. Bukan senang. adeiii kat setengah jam nak buang gam bulu mata pelesu(mak andam tu panggil )
aku sebelum make up.
Amboi.. asyiknye kak siti duk melihat produk kesihatan dan kecantikan. kak sal pulak duk berkira-kira nak beli minuman jus kacip fatimah n manjakani. apa lagi kaksal... untuk abang tersayang. Performance kena maintain..... Bakal ibu kat belakang tu plak, kakfith asyik senyum jer. nak minum kacip fatimah tak boleh sekarang ni ya kak.
Wah.. tu dia.. teknik merawat muka. Facial. tertidur peserta tu kakti kerjakan. haha
overall, kursus ni enjoy sangat. sape2 yang nak sertai lagi kursus - kursus cenggini.. jangan lupa contack aku ek.. hehe. Tukang promosi jer ni. Almaklumla.. Suami pegawai promosi kolej. hehe.







Sunday, March 22, 2009

Anak-anak yang Ummi Sayangi.

0 comments
























Assalamualaikum.Bahagianya ummi lihat apabila anak-anak ummi ini membesar dengan sihat di depan mata ummi. Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau telah melimpahkan satu kurnian yang amat berharga bagi kami suami isteri. Iman Muhammad Zikri dan Iman Nur Syamimi. Anak-anak ummi ni dah makin pandai. Sekarang abg zikri dan makin lancar bercakap, walaupun ada yang ummi tak faham. hehe. abg zikri sorang je yang faham. Kalau naik kereta, dah pandai pakai sitbelt dan tak bergerak kat tempat lain. Hemmm.. pandai. sambil mulutnya mengikut irama lagu yang abah pasang, ummi tersenyum sendiri sambil melihat abah. pandai juga abg zikri menyanyi. Satu yang tak lum sempat ummi nak latih lagi ialah latih abg zikri buang air di tandas. abg zikri masih lagi pakai diapers wpun dah 2 tahun 8 bulan. Tunggulah abg zikri pandai sebut" ummi, abg zikri nak kencing'. hehe.
Adik sya pulak dan semakin rancak 'bercakap'. hem, nak jadi macam abah ye sayang?.' Sekarang dah pandai memanjat naik atas kerusi, aktif betul ke sana-sini. Kalau dahulu, semasa umur begini, abg zikri dah pandai berjalan tp adik sya masih lagi menyusur dada, kengkadang tu merangkak. lum lagi stabil berdiri. Gigi pulak dah ada 4 batang. hehe. comelnya. kalau tengok tv tu... mesti stay tuned kalau tengok mickey mouse club house. siap menari lagi macam pocoyo. suka ummi tengok. kadang-kadang, kalau terdengar lagu mickey mouse tu, boleh lagi dia postpone 'keje' yang dia buat, berpusing 360 darjah nak tengok mickey dia tu. Tengok2la gambar di atas tu

Thursday, March 19, 2009

Peperiksaan PTK n Students Test.

1 comments
Assalamualaikum. Dah lama tak mengupdate blog aku ni. tu la bizi sungguh duk menanda kertas test student skolah. aku exam hari ni. ni first time aku amik exam PTK DG41 TKI. Sepatutnya tahun lepas lagi, tapi masa tu tengah duk cuti pantang, jadi terlepas tarikh daftar. first time ni harap2 dapat bagi impression yang bagus la untuk result yang akan datang. hehe. kertas ujian student ada lagi satu kelas yang lum sentuh. 5 jed on the way dah. harap2, sebelum bukak sekolah ni, dapat la aku siapkan marking test ni. this holidays , i totally stayed at home, being a busy mother and teachers. thought of asking my hubby journey to somewhere, but, dunno where to go here. KK?? Very far from here, yet tiring for hubby to drive alone. Think of somewhere please.. huhu.

Saturday, March 14, 2009

Memori our hero n heroin

1 comments



Ni video aku blajar bikin sendiri. Nak tau samada jadi ker tidak. Sumer watak n jalan cerita ada kaitan ngan yang hidup coz semua tu ahli dalam famili aku skrg ni. Sudilah komen for improvement aku dalam bikin video. For ummi, abah mintak sori coz post video ni...Jgn mare haaa...

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates