
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:56.35 Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),56.37 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,56.38 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
0 comments on "tazkirah malam isnin"
Post a Comment