Sunday, July 11, 2010

Returned from the sea.

0 comments
Salam alaik. Alhamdulillah.. abah dah selamat pulang dari memancing..Alhamdulillah sebab kali ni rezeki lebih banyak Allah turunkan..Lain kali boleh pergi lagi la abah.. tak perlu asue nak drive gi pasar.. yang ni lagi best.. fresh sangat...

tengok tu.. adik sya pun gembira betul dpt snap gambar dengan ikan tu..hehehe.



Ikan kerapu ni berat dier 2.2kg. Masa nak tarik naik mmg berat. Terpaksa Abg Dillah tolong naikkan. Tengok dia layan ikan ni masa nak naikkan pun terasa sakit tangan. Pengalaman lah untuk Abah.


Ni pula salah sekor drpd dua ekor ikan sembilang yang Abah dapat tewaskan. Yang kelakarnyer Abah boleh tak kenal ini ikan sembilang. Tergelak Abg Dillah. Ikan ni ada tiga duri, bisanya boleh sebabkan masuk hospital tue....


Nie hasil yang telah dikongsi bersama. Adat turun mancing biar sama merasa. Minggu lepas Abah tak dapat ikan, minggu ni dapat hasil yang agak lumayan. Tangkapan pertama adalah ikan merah seberat 1.1kg, kedua ikan sembilang then ikan kerapu tue yang ketiga. Lagi sekor ikan sembilang pagi sebelum balik pengkalan. Pengalaman merasa umpan ditarik ikan memang best. Abah kata nak turun lagi....

Suka betul adik Sya n abg Zikri. Ikan kerapu tue hampir sama tinggi ngan adik Sya...


Tunggu apa lagi..terus masak. Ikan sembilan masak kunyit kuas...Fresh n memang sedap....Abah kata tue...
Nie nah...memang sedap. Tadi tue dah dipanggang duluan...Slurppppp...
Abah boleh berpuas hatilah selepas dua tiga kali turun tapi asyik bw balik hasil org lain then kali nie bawa balik hasil sendiri. Memang penat tapi Abah hepi. Rasa sakit n penat macam ilang jer...hehehehe...tapi petang tue Abah tido sampai 2jam...

Tuesday, July 6, 2010

Kepuasan Peribadi kurniaan Ilahi.

0 comments
Salam.. hai sejak ada buku muka ni, blog aku ni jadi mcm anak tiri pulok.. cian dia. takpe, kerana kali ni aku nak post satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan dalam kerjaya ku sebagai seorang guru.
Dari awal lagi aku dah bagitau hubby untuk masuk pertandingan ini.. hubby bagi sokongan penuh, malah selalu tolong aku dalam projek ni.. siap pinjamkan buku n pulangkan buku dari library lagi. Thanks sayang, jasa bee tak dapat honey balas.. Projek Tokoh Guru Nilam daerah Tawau ini adalah untuk guru2 yang telah membaca buku lebih dari 50 buah buku dan menulis ulasannya.. Didalam kesibukan, ia tak menghalang aku untuk meneruskan projek ini, sementelah lagi membaca adalah hobi.. tak kira la buku beli ker, pinjam ker atau pemberiaan org.. Terima kasih kepada kawan2 yang meminjamkan buku..
gambar-gambar ini merupakan hasil daripada usaha ku.. Anugerah disampaikan semasa Sambutan Hari Guru peringkat daerah Tawau di Institut Perguruan Tawau pada 3 Julai 2010.

Tokoh Guru Nilam daerah Tawau 2010..


Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah..
Terima kasih terutama sekali hubby tercinta, kawan2 yang tak jemu menyokong dan mendoakan. semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang..

Bye. wassalam.

Thursday, July 1, 2010

Abah g Langkawi

0 comments
Ini adalah coretan kenangan semasa kursus di Pulau Langkawi.





Ni pemandangan dari flight Mas Airbus 380. 1st time abah dapat naik kapal terbang besar ni......Cantikkan pemandangan awan tue....







Bayangkanlah...tempat duduk Abah adalah H42. Seat paling belakang. Ada 2 seat tepi 4 seat tengah n 2 lagi seat tepi. Ntah berapa ramai penumpang dalam flight ni....luas n selesa betul....



Ni lah pemandangan dalam flight...dah Abah duk seat paling blakang, makan pun dapat lambat r....huhuuhu...tapi paling best dapat byk kacang n makanan masa tu pulak best...

Ni pula hidangan semasa penerbangan ke Langkawi dari KL. Hidangan sarapan pagi untuk mereka yang bertuah...Abah la tue...tetiba jer tiket Abah ditukar dari 17c ke A3...Alhamdulillah rezeki....Business class tue....Terima kasih MAS...

Inilah pemandangan airport Langkawi....


Semoga satu hari nanti kami dapat datang bercuti satu keluarga ke Pulau Mutiara ni.

Insya ALLAH...mudah2an murah rezeki kami nanti.

Sunday, May 16, 2010

Recognition Night

0 comments
Assalamualaikum......
Dah lama aku tak mencoret kat blog ni....
Kali ni rasa nak lyn blog coz hepi sgt2 selepas terima anugerah SSM dari HAI-O marketing.
Rakan kongsi pun ramai yg terima anugerah..mmg best n happening giler....
Aper2 hal pon semoga ngan anugerah ini kami akan terus berusaha untuk berjaya n terus menjayakan kawan2 yang lain yg ingin mengubah kehidupan n keselesaan keluarga.
Buat keluarga Shahril n Zie, terima kasih kerna memperkenalkan kami ngang biz ni. Sabrina n Risman, tahniah n jom kita buat sama2 biz ini. Kamu org mmg downline hebat. Buat Kak Bayah, Aisyah, Ust Mohd n rakan kongsi lain, tahniah n teruskan buat...buat...n terus buat hingga Bertemu Anda Di Puncak Kejayaan (CDM).

Thursday, January 28, 2010

Hanya sampai di sini..

0 comments
Assalamualaikum. Entry kali ni ummi tujukan khas untuk anak ummi yang disayangi, abang zikri. Ummi tak tahu nak start mcm. Hem, ummi masih ingat lagi, hampir 3 tahun dulu, abah dan ummi teringin sangat nak abg zikri main-main dengan basikal.. jadi abah dan ummi pergi servey kedai basikal abg. lalu, jumpalah basikal bug yang comel tu.. mcm bumblebee plak.. Ummi ingat ummi bawa abang zikri gi round2 taman dengan basikal ni la..kalau abang zikri naik basikal ni, dia bukan kayuh pada pedal basikal, tapi, tolak kaki pada rantai. kelakar jer..
bila dah ada adik, berebut pulak dengan adik, sampai ummi dan abah terpaksa sembunyikan basikal ni.. huhuhu.. ummi ingatkan sempatla ummi bagi adik sya pulak yang naik basikal tu, dan beli yang lebih besar untuk abang zikri...
tapi itu semua hanya tinggal kenangan. rasa sayu, sebak sempai menitis air mata ummi bila tengok badan basikal tu dah terpisah dua.. rosak, besi penyambung dah patah. walaupun boleh beli yang lain, tapi basikal ini tetap menjadi nilai yang sangat sentimental...

bumblebee ni nampak masih ok....tapii...

tengoklah,, leher basikal ni dah hampir tercabut.. dan



akhirnya, terpisah juaa...
ummi akan belikan yang baru yer abang zikri..









 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates