Thursday, January 28, 2010

Hanya sampai di sini..

0 comments
Assalamualaikum. Entry kali ni ummi tujukan khas untuk anak ummi yang disayangi, abang zikri. Ummi tak tahu nak start mcm. Hem, ummi masih ingat lagi, hampir 3 tahun dulu, abah dan ummi teringin sangat nak abg zikri main-main dengan basikal.. jadi abah dan ummi pergi servey kedai basikal abg. lalu, jumpalah basikal bug yang comel tu.. mcm bumblebee plak.. Ummi ingat ummi bawa abang zikri gi round2 taman dengan basikal ni la..kalau abang zikri naik basikal ni, dia bukan kayuh pada pedal basikal, tapi, tolak kaki pada rantai. kelakar jer..
bila dah ada adik, berebut pulak dengan adik, sampai ummi dan abah terpaksa sembunyikan basikal ni.. huhuhu.. ummi ingatkan sempatla ummi bagi adik sya pulak yang naik basikal tu, dan beli yang lebih besar untuk abang zikri...
tapi itu semua hanya tinggal kenangan. rasa sayu, sebak sempai menitis air mata ummi bila tengok badan basikal tu dah terpisah dua.. rosak, besi penyambung dah patah. walaupun boleh beli yang lain, tapi basikal ini tetap menjadi nilai yang sangat sentimental...

bumblebee ni nampak masih ok....tapii...

tengoklah,, leher basikal ni dah hampir tercabut.. dan



akhirnya, terpisah juaa...
ummi akan belikan yang baru yer abang zikri..









Tuesday, January 5, 2010

Kenangan dan tragedi

1 comments
Assalamualaikum. dah lama tak menulis dalam blog ku ni.. Sejak dikampung, tak pernah sentuh pun. baru sekarang ada masa nak menulis. beban keje kat skul pun dah kureng sket. Alhamdulillah.
Seronok nyer balik kampung hari tu...rindu masih terasa terutama sekali bila teringat gelagat anak-anak dengan tokwan, tokayah , tokma dan pakcik makcik diaorang. hem, anak2ku dah besar, dah pandai.. pelbagai ragam.
Aktiviti masa cuti kami bermula dengan perkahwinan adik ipar, nik di johor. kan main meriah majlis tu, walaupun zikri begitu ligat bila dia nampak ramai orang. first time bagi dia tgk pakcik dia kahwin. seronok. tui..
Tp dalam keseronokan yang dibuai, malang tak berbau. on the way balik dari johor, berlaku eksidens yang melibatkan keta ayah dan van yang ayah sewa. keta tu hubby yang pandu. mungkin hubby terlalu letih dan mengantuk, maka 'tercium'la keta ayah dengan belakang van tu di persimpangan trafik light. huhuhu.. kat dalam keta ada che chik, abg zikri, ngoh n ayo. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kami sekeluarga... Dari RM150 - jd RM 1500 (apa tu yer). Hanya kami yang mengerti. huhuhu
Kenangan sedey dilupakan dengan kemeriahan majlis sambut menantu di kampung. Sibuk betul kami. walaupun masa tu dihebahkan dengan gelombang kedua banjir, majlis tetap berjalan lancar...beres. sehari selepas majlis... burrrr........ hujan turun mencurah-curah lalu berlakulah banjir...ishh nasib baekkk.
lepas majlis, masa untuk bergumbira seisi keluarga.. tapi tak lama sebab abah kena balik tawau dah.. tapi sempat lagi ar gi sopping mopping kat rantau panjang.. ekkekekeke. perabih duit je kojo eh.Lepas abah balik, lamanya aku menanggung rindu pada abah. cam rasa baru kawen plak..lihat pada anak-anakku.. terutama sekali zikri, mcm dia dah tak ingat aku ni ummi dia bila dah dengan pakcik makcik dan tokayah dah tokwan dia..adik sya plak, tak bleh nampak aku.. kalau takde aku kat sisi dia, okay plak dia main2 dengan diorang. tu yang menyebabkan aku bleh amik lesen memandu aku tu.. huhuhu. dah tua baru nak amik. selama ni pakai lesen 'berani'.
3 hari sebelum balik tawau, stay 2 hari kat shah alam.. ingat bleh la sopping YES kat sana.. tapi abang zikri dan adik sya plak yang lebih2 'sopping'. kesian ummi dan abah..
papehal.. cam biasa, yok layan..

cermin keta retak terkena kepala ngoh. kena 3 jahitan.aduhhh.. kepala ngongoh rosyak....(kata zikri)
keriangan anakku di majlis ninik n moknik.
lepas tu collapse.hahaha.
Familiku bersama di hari bahagia..
One, two and three, PEACEEEE..

Kesian puteri kecil Ummi ni. sakit mata berjangkit dari 2pupu dia. huhuhu.

Friday, November 6, 2009

Masa Bergembira. Hip hip Horray.

2 comments

Assalamualaikum.
tak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Horray.. masa untuk bercuti satu keluarga. tentunya kami akan pulang ke kampung untuk bercuti. Yang bestnyer kali ni, akan berlangsung majlis perkahwinan ayah sedara abg zikri dan adik sya, poknik dgn makcik hanim.
Majlis perkahwinan akan di adakan di Johor rumah hanim pada hari Ahad. Jadi kami pun dah menempah tiket air asia ke KL then ke Johor bersama mokcik joh... pedulila ada orang kata kami ni poket tebal, sebab masa raya hari tu pun balik jugak.. banyak dah duit abiss.lantakler.. duit kami, rezeki kami.. tak kacau duit diorang punnn..... yang penting heppiiiii. yang penting jugak.. tokma, tokwan dan tok ayah gumbira dapat jumpa cucu mereka yang semakin besar ni. masa ni jer peluang nak jumpa cucu.. Duit boleh dicari.. tapi mak ayah, adik beradik tak boleh dicari. mereka itulah satu-satunya...

Majlis perkahwinan Nik di kampung akan berlangsung pada hari raya haji ketiga. Mula2 kami plan nak raya haji di shah alam bersama abang lie, then balik ke kampung pada hari raya ke 2. tapi abang lie balik ke jasin plak. so , dari Johor nanti kami akan terus balik ke Besut la..jadi. boleh la tolong untuk persediaan majlis Nik nanti. tentunya meriah. dah lama tak alami suasana mcm ni. hemmm, tak sabar. Semoga Allah akan melindungi kami semua di sana nanti.






Friday, October 30, 2009

Menusuk di jiwa

0 comments

Assalamualaikum.

Lama dah tak menulis. sibuk dengan tugasan di sekolah membuatkan diri aku tak tertulis blog kesayangan ini.. tapi aku tak pernah lupa untuk melayarinya.

Llhamdulillah, Allah masih lagi memberi aku peluang untuk mencoretkan isi hatiku di sini.

2, 3 hari ni aku ada terbaca sebuah kisah yang aku kunjungi di blog ummuhusna (ada gak aku save kat blog favourite aku kat tepi tu.)

"Muhasabah Cinta". Terkesan betul cerita/ artikel itu dalam hati aku. aku suggest pada sahabat2 blog ini untuk mengikuti blog Ummu Husna ni sekiranya kita perlukan sesuatu yang berharga dan agak segar untuk kita. Terima kasih Ummu Husna kerana karya yang betul2 menyentuh jiwa aku.
SALAM SAYANG.


Tuesday, October 13, 2009

Tunjukkan aku

0 comments
Sebenarnya susah untuk kita mengucapka syukur kepada Allah sekiranya kita ditimpa musibah. kenapa kita perlu bersyukur? Musibah dan masalah itu adalah tanda ingatan Allah Azzawajalla kepada kita. semasa ini barulah kita akan mengingati Allah, meminta pertolongan dari Nya. Ya Allah, tingginya kasih-sayangMu kepada kami. Hanya kami yang lalai, alpa dan leka, sedangkan Engkau tidak pernah sesekali meninggalkan kami. Terima kasih Ya Rahim.

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates