Wednesday, December 31, 2008

Selamat Datang 2009

5 comments

untuk anak -anak ummi yang tercinta, semoga tahun baru ini, anak-anak ummi akan sentiasa sihat, ceria dan cepat besar. ummi tak sabar nak jalan2 sambil pimpim tangan adik sya, main bola sama2 dengan abg zikri, sambut birthday sama2. Hem.. mmg ummi tak sabar. ummi harap adik sya dah kurang nangis2. . Ummi pening ni.. lusa ummi dah nak sekolah, tapi ummi masih tak tahu siapa nak jaga adik sya.. ada sorang maid, tapi 50-50 jer. harap2 dia jadi kerja dengan kita kan sayang dan dia orang yang baik, dan pandai jaga adik sya dan abg zikri masa ummi mengajar. ummi tahu, adik sya byk menangis, tapi kalau pandai pujuk dia, okay. abg zikri pula dah pandai dah skrg. tak mcm dulu yang suka kacau adik sya. buka playhouse disney, or letak dalam bilik mainan, okay la dia. ummi gi keje sampai tghari je. ummi harap, adik dan abg, tak meragam ye... ummi tak tenang hati kalau kalau tahu adik sya meragam. kalau ummi ni anak hartawan or abah terlebih gaji... ummi duk rumah jer jaga anak-anak ummi ni. tp ummi kena kerja jugak, tolong abah. Kita sama- sama doakan supaya semua urusan keluarga kita akan di mudahkan oleh Allah. insyaallah. UMMI AKAN BUAT YANG TERBAIK UNTUK KELUARGA KITA.

Monday, December 29, 2008

Puding ku yang tak berapa menjadi

2 comments
Assalamualaikum. selamat tahun baru. Hari ini kami sekeluarga duk rumah jer.tak gi mana2 pun. abah jer kuar kejab cari barang. beras dan kakah buat puding roti pelangi. punyela semangat aku nak buat puding roti pelangi tu. aku minta resepi dari ima wea.abg pun belila brg yg perlu. tengah semangat buat nih... tiba-tiba aku tengok pewarna merah dan hijau yg aku nak letak dalam puding ni. kenapa tak pekat pewarna ni ye?? laaa.. rupa-rupanya perisau hijau pandan dan warna merah stroberi.. tak perlu lah letak.mende ni perisa, bukan pewarna. abg dah salah beli. buat roti puding biasa jer la. huhu. tak kesampaian jugak nak merasa puding pelangi aku di petang nan indah hari ni.. moral untuk hari ini, kena ummie jugak yang cari apa yang ummie nak masak.hemmm.. tunggu puding tu sejuk dulu dalam frizer, then mlm ni,boleh la dimakan bersama abg terchentaaa.. rasa sedap tu dah ada dah, cuma persembahan jer kurenggg...


Sunday, December 28, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

0 comments



Assalamualaikum. Salam hijrah dan salam tahun baru buat Suami ku yang tercinta, anak2 ku, keluargaku serta semua sahabatku yg dikasihi kerana Allah. Apa azam tahun baru ni yer? Harap semua azam tahun baru kita akan tercapai. azam aku adalah untuk memperbaiki diri sebagai hamba allah, isteri, ummi dan guru, then aku nak dapatkan peralatan masak terutama sekali elektrik oven, mixer dan bread maker. hehe. okay apa azam yang kedua aku ni kan? nanti bolehlahh ummi masakkan abg pizza, roti, kek dan biskut. hahe. ummi akan buat tu syg. abg makan jer nanti..Then.. ada lagi nihhh.. aku nak pergi bercuti ke suatu tempat yang indah bersama keluargaku. tahun 2008 aku tak dapat pergi bercuti sebab ada reason yang lebih munasabah, jadi tahun 2009 ni, aku nak dapatkan jugak masa bercuti aku bersama keluarga. ada lagi... semoga impian aku nak buat kelas tuition berjalan lancar. haa.. setakat ni tu je lah azam dan impian akau.


Saturday, December 27, 2008

Cepatnya masa berlalu

2 comments
Rasanya baru minggu lepas aku memulakan cuti sekolah, padahal dah sebulan lebih masa berlalu dan cuti sekolah dah sampai kepenghujungnya. pejam celik-pejam celik, the school will re-open. haaa.. am i ready to start this brand new year? Katakan 'YA' pada tahun baru.. haha. Apa aku buat yerr dalam masa sebulan ni? Mestilah core bisness aku jadi full time housewife.. duk main masak2, kemas2, gaduh2 dengan anak2.. gelak2 dengan anak2, jadi isteri En.Zamrizal...haha (selama ni bukan isteri ker?)and my second core bisness is duk depan komputer buat apa yang patut. so far, kertas 2 kimia utk midyer exm dah siap 90%. nak buat kertas satu plak lepas ni. pahtu nak cari contoh yearly lesson plan form 5. sebelum cuti abis, aku nak abiskan segala mak nenek kimia dulu. chemistry is mystery..nanti aku citerkan lagi mcm mana aku boleh terjebak dalam chemistry ni.. panjang cerita kalu aku nak pendekkan..kuikuikui.adiosss. nak ber baaa--baaa dengan adik sya jab..adik sya dah rindu ummie dia.

Friday, December 26, 2008

Dunia oh dunia

2 comments
Kampung Muhibbah, 26 Desember 2008. Satu kejadian yang tak disangka - sangka telah berlaku kepada seorang pensyarah Kolej komuniti Tawau. Topi keledar yang dipakai oleh beliau untuk pergi menunaikan solat jumaat di kampung tersebut telah dicuri.semasa kejadian, beliau sedang menunaikan solat jumaat. beliau menyedari kehilangan topi tersebut apabila mahu pulang ke rumahnya yang terletak di taman univilla. semasa ditemuramah oleh seorang wanita( namanya tak mahu disiarkan), beliau tidak menyangka kecurian ini akan berlaku kerana tempat itu adalah rumah Allah, dan sepatutnya kejadian seperti ini tidak berlaku ditempat suci itu. belia kesal dengan sifat pencuri yang tidak menghormati rumah Allah. Kalau pencuri itu juga pergi menunaikan solat jumaat, maka sia-sialah pahala yang pencuri itu buat.. dan kalau polis membuat sekatan jalan raya dan beliau ditahan kerana menunggang motor tanpa helmet, siapa yang mahu bertanggungjawab???? kalau pencuri itu membaca berita ini, kalau ada rasa bersalah, pulangkan semula helmet tersebut ditempat dan waktu yang sama minggu hadapan. semoga Allah mengampuni dosa anda. Question; siapa wanita yang tak mahu nama disiarkan itu? Mushykil ni.. News courtersy by: Ummie.

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates