Saturday, April 11, 2009

Buat Semua...

0 comments
Assalamualaikum. Mulakan pagi anda dengan senyuman dan rasa syukur kepada Allah kerana Dia, kita masih dapat menhirup udara segar dan meneruskan agenda kita sebagai khalifah-Nya. Selamat pagi buat abg yang tercinta, anak-anak ummi yang dikasihi dan semua umat islam.


Friday, April 10, 2009

Ya Rabbul Izzati....kurniakan aku..

0 comments

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.

Kek Untuk Abah

0 comments
YOK LAYANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.

kontrol encem jer abg zhiki n abah tu..
Tengok adik sya tu,, mana malu nak bergambar walaupun mulut sememeh dengan coklat
Ni saper nyer berday sebenaunye ni?keje yer mengorek krim.. emmm
sedappp..

Timer kacih ummi, sediakan suprise untuk abah ni..hehe.

Birthday kek yang ditempah dari Aunty Zack, untuk abah yang terchentaa..
Happy Belated birthday untuk abah. Wahh.. bestnye abah tu.. dapat makan kek birthday yang ummi tempah dari Zack khusus untuk abahnyer berday.. Ni kira first time la abah dapat kek untuk berday dia. walaupun belated..( sebab abah gi observed aritu kat kk), tu yang wat kek lambat tu.. papehal.. jom layan gambar ni dulu..


Wednesday, April 1, 2009

Selamat Hari Lahir Abah.We Love You

1 comments

Esok adalah hari lahir Suami ku yang amat aku kasihi dan abah yang tersayang buat anak-anak ku. Tapi sayangnya abah tidak ada bersama untuk menzahirkan kata-kata gembira ini sempena hari lahirnya. Kami akan menunggu kepulangan abah dengan penuh sabar. Selamat hari lahir sayang.. Ummi dan anak-anak akan sentiasa mendoakan abah. Semoga Allah sentiasa merahmati abah walau dimana abah berada.

Happy Birthday Abg Lie

0 comments
1 April, my beloved brother's birthday. Selamat Hari Lahir yang ke -50, abg lie. Di kesempatan ini, sue nak doakan semoga abg lie akan sentiasa dirahmati allah dan akan sentiasa dilindungi oleh-Nya. Sue akan sentiasa ingat segala jasa dan pengorbanan abg lie yang telah menjaga dan membesarkan sue dari kecil di shah alam sehinggalah sue kahwin. Sue masih ingat bagaimana abg lie mengajar sue untuk hidup berdikari dan menjadi seorang yang tabah dan cekal. Abg lie dah ajar sue pelbagai perkara, membezakan yang baik dan yang buruk, mengenal erti kasih- sayang, dan macam-macam lagi. Tanpa abg lie yang telah mengajar sue, tak mungkin sue akan menjadi seperti ini sekarang. Semoga abg lie akan terus berbahagia bersama dengan keluarga. Terima kasih, abang ku, Prof. Madya Dr. Hj. Wan Ramle Wan Abdul Kadir.

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates