Assalamualaikum. hem agak lama jugak aku tidak menulis dalam blog aku ni. setakat menjenguk sekejab. minggu ni boleh aku katakan agak penat jugak sebab banyak benda yang terjadi. anak-anak aku masih demam. kesian adik sya dan abg zikri. yang paling sedi, tengok adik sya. selama ni adik sya seorang yang riang, happy, suka jerit-jerit(hehe), tapi masa dia demam, apa yang dia mampu buat ialah terbaring. kalau dia bergerak pun, dua tiga kali mengensot, dia akan berhenti, kepala terlentok kat atas tikar. tak sampai hati tengok mcm tu. dah tu kena hantar pulak dia ke nursery. ummi mintak maaf sayang. nasib baik abang zikri tak seberapa. cuma selesema jer.masih lagi starring anak ummi ni. minggu jugak terjadi small accident semasa aku nak gi sekolah. Ya, allah, syukurlah aku tak apa-apa. cuma lenguh tangan sebab halang motor dari terjatuh. masa tu aku dah rasa tak sedap hati. terdetik dalam hati aku ni, mcm mana lah kalau aku kemalangan dengan moto?? Nauzubillah, Allah hanya nak uji aku dengan ujian yang kecil. budak yang menyebabkan kemalangan ni pun dah mintak maaf. mak dia pun datang jumpa aku, mintal maaf.sebenarnya budak tu student aku jugak, dia nak cepat sampai sekolah,sebab minggu ni minggu peksa. dia bukak pintu tanpa tengok kat belakang. aku yang kebetulan lalu kat tepi, terlanggarla. pecah cermin lampu moto aku, nasib baik tak jatuh.lain kali aku perlu hati hati lagi. minggu ni juga, selama aku membesarkan adik sya, hampir sembilan bulan, barulah aku period.. itupun sebab aku ambil ubat dari doktor. aku dah tak tahan dengan ketakstabilan hormon yang aku alami. aku dah tak larat nak tanggung perasaan nak marah, stres, sebab hormon aku ni. aku tak tahu sama ada abang faham atau tidak. Period yang datang sekarang pun tak berapa lancar. hari ni sepatutnya aku pergi jumpa doktor, bincang dengan dia smula. tapi aku penat, sampai tertidur bila sampai rumah.lagipun, aku tahu, abg penat nak amik, hantar aku ke sana. kalau boleh aku taknak susahkan abang. minggu depan cuti tahun baru cina, aku akan minta abg temankan aku jumpa doktor. hemm, aku harap lepas ni aku akan jadi lebih tenang. Tolong aku ya allah.
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments on "Minggu yang agak tak best."
semoga semuanya kembali seperti sediakala...Insya Allah
Post a Comment