tengok tu.. adik sya pun gembira betul dpt snap gambar dengan ikan tu..hehehe.
Ikan kerapu ni berat dier 2.2kg. Masa nak tarik naik mmg berat. Terpaksa Abg Dillah tolong naikkan. Tengok dia layan ikan ni masa nak naikkan pun terasa sakit tangan. Pengalaman lah untuk Abah.
Ni pula salah sekor drpd dua ekor ikan sembilang yang Abah dapat tewaskan. Yang kelakarnyer Abah boleh tak kenal ini ikan sembilang. Tergelak Abg Dillah. Ikan ni ada tiga duri, bisanya boleh sebabkan masuk hospital tue....
Nie hasil yang telah dikongsi bersama. Adat turun mancing biar sama merasa. Minggu lepas Abah tak dapat ikan, minggu ni dapat hasil yang agak lumayan. Tangkapan pertama adalah ikan merah seberat 1.1kg, kedua ikan sembilang then ikan kerapu tue yang ketiga. Lagi sekor ikan sembilang pagi sebelum balik pengkalan. Pengalaman merasa umpan ditarik ikan memang best. Abah kata nak turun lagi....
Tunggu apa lagi..terus masak. Ikan sembilan masak kunyit kuas...Fresh n memang sedap....Abah kata tue...
Nie nah...memang sedap. Tadi tue dah dipanggang duluan...Slurppppp...
Abah boleh berpuas hatilah selepas dua tiga kali turun tapi asyik bw balik hasil org lain then kali nie bawa balik hasil sendiri. Memang penat tapi Abah hepi. Rasa sakit n penat macam ilang jer...hehehehe...tapi petang tue Abah tido sampai 2jam...
0 comments on "Returned from the sea."
Post a Comment