Tuesday, July 6, 2010

Kepuasan Peribadi kurniaan Ilahi.


Salam.. hai sejak ada buku muka ni, blog aku ni jadi mcm anak tiri pulok.. cian dia. takpe, kerana kali ni aku nak post satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan dalam kerjaya ku sebagai seorang guru.
Dari awal lagi aku dah bagitau hubby untuk masuk pertandingan ini.. hubby bagi sokongan penuh, malah selalu tolong aku dalam projek ni.. siap pinjamkan buku n pulangkan buku dari library lagi. Thanks sayang, jasa bee tak dapat honey balas.. Projek Tokoh Guru Nilam daerah Tawau ini adalah untuk guru2 yang telah membaca buku lebih dari 50 buah buku dan menulis ulasannya.. Didalam kesibukan, ia tak menghalang aku untuk meneruskan projek ini, sementelah lagi membaca adalah hobi.. tak kira la buku beli ker, pinjam ker atau pemberiaan org.. Terima kasih kepada kawan2 yang meminjamkan buku..
gambar-gambar ini merupakan hasil daripada usaha ku.. Anugerah disampaikan semasa Sambutan Hari Guru peringkat daerah Tawau di Institut Perguruan Tawau pada 3 Julai 2010.

Tokoh Guru Nilam daerah Tawau 2010..


Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah..
Terima kasih terutama sekali hubby tercinta, kawan2 yang tak jemu menyokong dan mendoakan. semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang..

Bye. wassalam.

0 comments on "Kepuasan Peribadi kurniaan Ilahi."

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates