"Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara ( rahsia dan hartamu ) dengan sebaiknya.” ( Riwayat Abu Daud dan al Hakim )
Assalamualaikum. Terasa rindu hendak mencoretkan sesuatu di dalam blog ku ini. Biasanya pada waktu-waktu sebegini, aku sudah lena diulit oleh adik sya. hehe. bukan aku yang ulit adik sya.(macammanatu?) Abang zikri pun dah tidur. 2 hari sebelum ni, abang zikri demam, alhamdulillah, sekarang dah elok. Abang buat apa pulak sekarang ni??
Hem, sekarang abang jauh dari sisi aku dan anak- anak kami. Hem, itulah yang membuatkan aku ingin mencoretkan sesuatu, teristimewanya buat abang. Pagi kelmarin, abang bertolak dari sini ke kuantan untuk menguruskan pelajar untuk sukan kolej.Seminggu abang akan berada di kuantan, dan tiga hari di kampung. Sebelum bertolak, perasaan aku resah dan gelisah. Dalam hati ni berkata-kata "abang, asue harap abang tak jadi pergi". Aku memeluk abang apabila hendak bertolak. lama pelukanku, seolah-olah tidak mahu abang tinggalkan aku dan anak-anak. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku terlalu sedih ya Allah. Setelah apa yang berlaku, aku rasakan semakin hari perasaan kasih sayang dan cintaku pada abang semakin bertambah, melebihi sewaktu kami mula menjalinkan ikatan. Mungkin kah ini kemuncak kasih sayang ku pada abang. Itu yang menyebabkan aku terasa kehilangan sewaktu abang hendak melangkah pergi. "Abang..semoga cepat pulang. asue tak sanggup berjauhan lama dari abang"
Abang banyak mengajar aku bagaimana untuk menjadi isteri dan ibu. Kesabaran abang menegur dan membimbing aku membuatkan kehidupan aku menjadi semakin baik.Kritikan abang tidak melemahkan aku Sebelum ini aku kurang sabar dengan anak-anak, tetapi abang telah banyak menyedarkan aku. Abang selalu berpesan pada aku untuk untuk berlembut pada anak-anak. Aku jadi tersedar bila membaca catatan ini. “Jika Nabi s.a.w mengarahkan kelembutan dan kelunakan sebagai asas membawa manusia kepada Allah swt, apatah lagi dalam usaha membawa keluarga dan anak kepada agama tentulah juga kelembutan dan kelunakan menjadi keutamaan.
Nabi SAW bersabda :“Sesungguhnya agama ini adalah kukuh, maka oleh kerana itu serulah ke dalamnya dengan kelembutan”
Firman Allah SWT pula di dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud : ”Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu…”. Ya Allah, terima kasih abang.
Keprihatinan abang terhadap aku dan anak-anak melebihi keprihatinan terhadap dirinya sendiri.
Aku menjadi sebak untuk memikirkan kehidupan ini tanpa abang untuk 2 minggu ini. Ya berikan aku sedikit kekuatan.
Abang, asue berharap asue dan anak-anak akan terus menjadi kekuatan abang. Menjadi semangat abang.
"Jika hati, pemikiran dan sikap suami mampu ditenang oleh isteri dan anak-anak sebagai ‘cahaya mata’ penyejuk jiwa dan raga, maka sudah pasti dia akan menjadi lelaki yang bijak serta tenang dalam mengambil sebarang keputusan dalam kerjayanya".
Abang, salam penuh kasih sayang dari isterimu. Wassalam
Saturday, June 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Di saat Cintaku Kian Bersemi..."
Post a Comment