Friday, November 6, 2009

Masa Bergembira. Hip hip Horray.

2 comments

Assalamualaikum.
tak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Horray.. masa untuk bercuti satu keluarga. tentunya kami akan pulang ke kampung untuk bercuti. Yang bestnyer kali ni, akan berlangsung majlis perkahwinan ayah sedara abg zikri dan adik sya, poknik dgn makcik hanim.
Majlis perkahwinan akan di adakan di Johor rumah hanim pada hari Ahad. Jadi kami pun dah menempah tiket air asia ke KL then ke Johor bersama mokcik joh... pedulila ada orang kata kami ni poket tebal, sebab masa raya hari tu pun balik jugak.. banyak dah duit abiss.lantakler.. duit kami, rezeki kami.. tak kacau duit diorang punnn..... yang penting heppiiiii. yang penting jugak.. tokma, tokwan dan tok ayah gumbira dapat jumpa cucu mereka yang semakin besar ni. masa ni jer peluang nak jumpa cucu.. Duit boleh dicari.. tapi mak ayah, adik beradik tak boleh dicari. mereka itulah satu-satunya...

Majlis perkahwinan Nik di kampung akan berlangsung pada hari raya haji ketiga. Mula2 kami plan nak raya haji di shah alam bersama abang lie, then balik ke kampung pada hari raya ke 2. tapi abang lie balik ke jasin plak. so , dari Johor nanti kami akan terus balik ke Besut la..jadi. boleh la tolong untuk persediaan majlis Nik nanti. tentunya meriah. dah lama tak alami suasana mcm ni. hemmm, tak sabar. Semoga Allah akan melindungi kami semua di sana nanti.






Friday, October 30, 2009

Menusuk di jiwa

0 comments

Assalamualaikum.

Lama dah tak menulis. sibuk dengan tugasan di sekolah membuatkan diri aku tak tertulis blog kesayangan ini.. tapi aku tak pernah lupa untuk melayarinya.

Llhamdulillah, Allah masih lagi memberi aku peluang untuk mencoretkan isi hatiku di sini.

2, 3 hari ni aku ada terbaca sebuah kisah yang aku kunjungi di blog ummuhusna (ada gak aku save kat blog favourite aku kat tepi tu.)

"Muhasabah Cinta". Terkesan betul cerita/ artikel itu dalam hati aku. aku suggest pada sahabat2 blog ini untuk mengikuti blog Ummu Husna ni sekiranya kita perlukan sesuatu yang berharga dan agak segar untuk kita. Terima kasih Ummu Husna kerana karya yang betul2 menyentuh jiwa aku.
SALAM SAYANG.


Tuesday, October 13, 2009

Tunjukkan aku

0 comments
Sebenarnya susah untuk kita mengucapka syukur kepada Allah sekiranya kita ditimpa musibah. kenapa kita perlu bersyukur? Musibah dan masalah itu adalah tanda ingatan Allah Azzawajalla kepada kita. semasa ini barulah kita akan mengingati Allah, meminta pertolongan dari Nya. Ya Allah, tingginya kasih-sayangMu kepada kami. Hanya kami yang lalai, alpa dan leka, sedangkan Engkau tidak pernah sesekali meninggalkan kami. Terima kasih Ya Rahim.

Monday, October 12, 2009

Hai hati, Biarkan ia berlalu

0 comments
Wahai hatiku, bawalah apa yang ku rasakan sekarang ini pergi jauh dariku. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk menanggungnya. Ya Allah, tolongkan lapangkan dada dan hati ku ini. Berikan aku petunjuk.



Tuesday, September 8, 2009

Tak Sabar

0 comments
Salam Ramadhan Kareem buat semua umat Islam. Semoga ibadat puasa kalian akan terus diberkati Allah Subhanahuwataala.
Dalam duk menjalani ibadat puasa, tak sedar sudah 18 hari puasa berlalu. Subhanallah. Kat skul sibuk dengan peperiksaan percubaan PMR dan Excel SPM. Tak lama lagi, kami akan menyambut hari raya di kampung. itu yang tak sabar sebenarnya.. Sabar asue.. sabar. Persiapan hari raya untuk anak-anak dah bermula. hehe. Lagi tak sabar nak melihat anak-anak , abang zikri comel berbaju melayu sedondong dengan abah, dah adik sya yang cute berbaju kurung, sedondong dengan ummi. hemm..
Tentu hari raya pada tahun ini akan lebih bermakna. Pertama-tamanya, sebab dah setahun tak balik kampung, jadi teruja la nak balik ni.

keduanya, dapat berpuasa banyak hari kat kampung. jika sebelum ni, dapat puasa sehari jer. tak puas melihat kegembiraan masa berbuka bersama keluarga kerana salah satu kegembiraan bagi mereka yang berpuasa ialah kegembiraan ketika berbuka.

Yang ketiganya, adik sya dan abang zikri dah besar, tentunya suasana akan lebih meriah dengan kehadiran 2 cucu yayah dan tokwan yang cerdik pandai ni.
Doakan kami selamat pulang ke kampung menyambut hari raya aidilfitri dan selamat kembali ke tawau

Tuesday, August 25, 2009

Khususan Ila Habibi

1 comments
Salam alaika. Istimewanya hari ini kerana hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan suamiku yang ke- 4 tahun. Syukur alhamdulillah. Terasa cepat masa berlalu hingga tak terasa kini kita telah dikurniakan 2 cahaya mata. masih lagi asue teringat kenangan manis kita di pantai Batu Buruk. Hehe. "its beyond our imagination, right"
Semoga perkahwinan kita akan terus disinari kasih-sayang yang tidak pernah luak antara kita. Semoga Allah akan terus merahmati keluarga kita.

Selamat Hari Ulangtahun, Sayang.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menjalani Ibadat Puasa

1 comments
Assalamualaikum. Ramadhan bulan penuh kerahmatan menjelma lagi. Dikesempatan yang ada ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selama berpuasa dan beribadat kepada semua muslimin dan muslimat, terutama kepada kedua ibu bapa kami dikampung, adik-beradik dan saudara mara.
Tok wan, tok ayah dan tokma, Abg zikri, adik sya, abah dan ummi rindu nak balik beraya. Tunggu kepulangan kami ye..
Kepada semua sahabat handai, sama- samalah kita menambahkan amal ibadat kita di bulan yang mulia ini. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Insyaallah.

Wednesday, August 5, 2009

I was amazed by my kids

0 comments
Assalamualaikum.Good Evening to everyone out there. I'm just about to sleep, but my eldest son doesn't want to fly to his slumber land yet. My eyes tired. my son is still watching the Jungle Book movie at Disney Channel while waiting for abah from badminton game. While waiting for them, i decided to upload my webby blog.
I could not forget tis suprising moment where my lil' princess was showing her "performance' in recognising some of the characters in tv. Dibo, of course her familiar character. But, Upin and Ipin, five - year old twins was quite new to her compared to her brother. while i was breasfed her, I am holding the Going Places (August 2009, ), intended to read. after flipping few pages, i stopped for a second when i heard a sound from her. it sound like this 'PIN-PIN'. i looked at her, wondering what is she trying to talk to me. She repeated the words for few times with her hand pointing to the small column at the page which shows the picture of Upin and Ipin. it trully amazed me to see my 1 year and 3 months daughter could remember the picture that she seldomly seen. Alhamdulillah, Kuasa Allah itu Maha Hebat.
Adik Sya staring at Upin and Ipin with her mouth keep saying 'Pin-pin'.


And this is Abang Muhammad Zikri with his new invention of the builing blocks. Now he knows how to choose the color and shape for his new invention. He was so keen when trying new things. Chaiyo2. Gambate...
Abah and Ummi love you guys..

Saturday, August 1, 2009

Sekolah ku di tutup-Penularan H1N1

0 comments
Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam.
2 hari lepas, sekolah aku dikejut dengan seorang pelajar berbangsa Cina yang positif dijangkiti Virus H1N1, dan 14 yang lain telah dikuarantin. semasa perhimpunan tergempar pagi kelmarin, semua kaum telah diajak berdoa meminta pertolongan Tuhan agar dijauhkan bala ini. Nauzubillah
Hem, lagi satu ujian Allah keatas manusia.
Kita ni sebagai umat Islam telah diberi kelebihan dan kekuatan dengan berdoa. Maka, manfaatkanlah segala kelebihan dan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita, sebagai umat Islam, disamping bersyukur kepada-Nya, kerana diberi nikmat Islam ini. Disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Ghafir, ayat 60,
Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina."
Sehubungan itu, sekolah telah diberi notis tutup oleh Pejabat kesihatan dan pendidikan sehingga hari khamis depan. tak taulah bila nak ganti tu. Harap2 tak. haha. Tak kisahla, kerana aku seorang guru, apa sahaja arahan aku terima selagi ia tak membebankan. Mengajar adalah amanah Allah yang telah diberikan kepada ku. Akan aku laksanakan seikhlas mungkin.

Friday, July 31, 2009

Selamat Hari Lahir Anakku, Zikri

0 comments
Assalamualaikum. 31 July 2006, abang zikri telah dilahirkan dengan selamatnya ke dunia. Syukur alhamdulillah. Hari ni, genap umur abang zikri 3 tahun. Ummi dan abah harap, anak ummi dan abah ni akan menjadi seorang anak yang soleh, mendengar kata ummi abah, dapat tunjukkan contoh yang baiik untuk adik abang zikri. Ummi dan abah sentiasa doakan yang terbaik buat abang zikri. Bila abah balik nanti, kita akan celebrate birthday abg ye. Ummi akan buat kek dan pizza untuk abang ye. Hari ni jugak abah dah habis kursus di Shah Alam, tp tak dpt balik lagi.
Okay sayang, ummi dan abah sayang sangat kat abang zikri.

Friday, July 17, 2009

Fish Therapy.?Have U ever heard about that??

0 comments
Assalamualaikum. Hem.. title sound interesting. kan? hehe. im intended to upload the photos of fish therapy here, but i found it will be more interesting if i can share tis video with uols.(Sebenaunyer kan..,i don't now how to open the file containing the pictures that was saved by my hubby before formatting this pc). Butak i.t tul aku ni. nanti bila my hubby balik, aku tanya la dia.

This moment was captured by me during the visit (otw balik) to a place where we can do fish therapy. tul ke tak tu adalah terapi, aku tak tau la kesaintifikannya, lum sempat aku kaji.mentang-mentang la aku cikgu sains kan. hehe.joke only. i don't know the name of this place but, if i not mistaken (more worse, forgotten) this place is called kampung 'sinisiang'. Correct me if i am wrong.wahai orang kampung, maaf ya, kalau salah nama kampung tu.Seronot betul aku tengok video ni. dalam video ni, adik sya berani betul bermain, bergurau dengan ikan-ikan kelah yang jinak itew. . tu yang muka adik sya jer yang ada. abang zikri pulak shy-shy cat pulak(takut sebenaunya) hehe. apa la anak jantan Ummi ni.

Enjoy the show!!!!
(gambar pun dah ada kat picasa, kat ruang sebelah blog)


Tuesday, July 7, 2009

Trip 2 Kundasang

3 comments
Assalamualaikum. Its has been a long time i haven't write anything in my lovely blog. HUHU, Im so busy with my jobs since last 2 weeks (not because i have nothing to write and tell). There's lot of thing happened around which i really wanted to write. Due to busy schedules, i postponed it(or just forget about it) . haha.
After burdened myself with the skul tasks, i think its time for me to reward myself and my children. We haven't travel anywhere for a quite long time.Then, i decided to take my CRK from Mr.Tung (1 day off), do some calculation on a budget, we headed to kundasang. Syukur, perjalanan pergi dan balik telah dilindungi Allah.
Apa lagi.. yok layannnnnnnnn.
Subhanallah, akhirnya dapat juga aku melihat salah satu kebesaran Allah, Gunung Kinabalu, Gunung tertinggi di Asia Tenggara
Aku kat beranda Kinabalu Pine Resort, bilik G3
Sejukkknyer abah walaupun sudah pukul 10 pagi
cantik betul permandangan di sini. Masa ni, kabus belum ada banyak lagi,
jadi boleh lihat gunung dengan jelas.
Adik sya nak cuba refleksologi. tu refleksologi tangan ke kaki dik?
Hati-hati sayang, kita ni duk kat tempat tinggi, nanti jatuh pulak.
berlatarbelakang kan abang zikri yang duk isap botol lagi. hehe
Peace to the people out there!!!
Hem, there are so many places that we visited around kundasang, such as Rose Garden, War Memorial Park and Poring hot spring. Banyak gak la gambar kalau nak tepek kat sini, tapi takut tak muat plak.nanti la, suh abah tepek kat Picasa photo gallery. hehe..See ya on the next en3. Wanted to story you about something that sound interesting. (Really??)

Monday, June 22, 2009

Engkaulah abang, engkaulah bapa.

0 comments
Assalamualaikum. Sebenarnya aku nak tulis blog ni pagi kelmarin, tetapi lepas tulis entri pertama, anak-anak dah panggil untuk tidur. Entri kelmarin pun banyak kali sudah jadi episod bersambung. Pertama-tamanya aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada abang (abah untuk zikri dan syamimi. "syg, you are the great dad ever"), ayah mertua (aku menantu kesayangan ayah, hehe) dan kepada abang lie. Sayu nya hati ini kerana tidak pernah aku berpeluang untuk mengucapkan selamat hari bapa ini kepada ayahku sendiri kerana wae (wae, panggilan aku terhadap ayah) terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi. Semoga wae sentiasa ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.
Selepas arwah wae meninggal dunia, ketika itu umur aku 8 tahun, keluarga kami terpisah. abang-abangku tinggal bersama pakcik, cuma adikku lelaki tinggal bersama ma di kampung. Aku diambil tinggal bersama abang lie di Shah Alam. Bermulalah kehidupan aku sebagai budak bandar. Abang lie telah banyak mengajar aku tentang kehidupan. Banyak pengalaman pahit manis selama 23+ aku tinggal bersama abang lie. Bagi aku, dialah abang, dialah ayah. Terima kasih diatas pengorbanan abang lie terhadap sue. Dialah PM. Dr. Wan Ramlie Wan Abdul kadir, abang yang tidak pernah ada hubungan darah daging dengan aku.

Saturday, June 20, 2009

Di saat Cintaku Kian Bersemi...

0 comments
"Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara ( rahsia dan hartamu ) dengan sebaiknya.” ( Riwayat Abu Daud dan al Hakim )

Assalamualaikum. Terasa rindu hendak mencoretkan sesuatu di dalam blog ku ini. Biasanya pada waktu-waktu sebegini, aku sudah lena diulit oleh adik sya. hehe. bukan aku yang ulit adik sya.(macammanatu?) Abang zikri pun dah tidur. 2 hari sebelum ni, abang zikri demam, alhamdulillah, sekarang dah elok. Abang buat apa pulak sekarang ni??
Hem, sekarang abang jauh dari sisi aku dan anak- anak kami. Hem, itulah yang membuatkan aku ingin mencoretkan sesuatu, teristimewanya buat abang. Pagi kelmarin, abang bertolak dari sini ke kuantan untuk menguruskan pelajar untuk sukan kolej.Seminggu abang akan berada di kuantan, dan tiga hari di kampung. Sebelum bertolak, perasaan aku resah dan gelisah. Dalam hati ni berkata-kata "abang, asue harap abang tak jadi pergi". Aku memeluk abang apabila hendak bertolak. lama pelukanku, seolah-olah tidak mahu abang tinggalkan aku dan anak-anak. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku terlalu sedih ya Allah. Setelah apa yang berlaku, aku rasakan semakin hari perasaan kasih sayang dan cintaku pada abang semakin bertambah, melebihi sewaktu kami mula menjalinkan ikatan. Mungkin kah ini kemuncak kasih sayang ku pada abang. Itu yang menyebabkan aku terasa kehilangan sewaktu abang hendak melangkah pergi. "Abang..semoga cepat pulang. asue tak sanggup berjauhan lama dari abang"

Abang banyak mengajar aku bagaimana untuk menjadi isteri dan ibu. Kesabaran abang menegur dan membimbing aku membuatkan kehidupan aku menjadi semakin baik.Kritikan abang tidak melemahkan aku Sebelum ini aku kurang sabar dengan anak-anak, tetapi abang telah banyak menyedarkan aku. Abang selalu berpesan pada aku untuk untuk berlembut pada anak-anak. Aku jadi tersedar bila membaca catatan ini. “Jika Nabi s.a.w mengarahkan kelembutan dan kelunakan sebagai asas membawa manusia kepada Allah swt, apatah lagi dalam usaha membawa keluarga dan anak kepada agama tentulah juga kelembutan dan kelunakan menjadi keutamaan.
Nabi SAW bersabda :“Sesungguhnya agama ini adalah kukuh, maka oleh kerana itu serulah ke dalamnya dengan kelembutan”
Firman Allah SWT pula di dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud : ”Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu…”. Ya Allah, terima kasih abang.

Keprihatinan abang terhadap aku dan anak-anak melebihi keprihatinan terhadap dirinya sendiri.
Aku menjadi sebak untuk memikirkan kehidupan ini tanpa abang untuk 2 minggu ini. Ya berikan aku sedikit kekuatan.
Abang, asue berharap asue dan anak-anak akan terus menjadi kekuatan abang. Menjadi semangat abang.
"Jika hati, pemikiran dan sikap suami mampu ditenang oleh isteri dan anak-anak sebagai ‘cahaya mata’ penyejuk jiwa dan raga, maka sudah pasti dia akan menjadi lelaki yang bijak serta tenang dalam mengambil sebarang keputusan dalam kerjayanya".
Abang, salam penuh kasih sayang dari isterimu. Wassalam

Friday, June 12, 2009

Pasal aku dan sekolah aku dolu2.

2 comments
Mende ni jumpa kat blog cik rerama beku, opismate abah. Cam minat jer aku nak jawab soklan2 nih. maklumlah, banyak kenangan masa adolasence dulu. hikhik.

1. Who were your seatmates?
- Form 1: Syaja. - Form 2: lupa la. - Form 3: Zureen-(masa form 1-3, aku kat SM Iskandar Shah, Jasin ) Form 4(Jab aku kat skul teknik, then aku kat SBP Sains Muar.: Har Einur, Imah- Form 5- Grouping- maman, aida, har, Hairi dan zarul.

2. Still remember your English teacher?- Form 1: erm...tak ingt..- Form 2: Lupa lagi- Form 3: Tak ingat- Form 4: Cikgu Umi- Form 5: Miss Aida ( Teruk kan aku ni.)

3. What was your class name?-1 A-2 A-3 A-4 Cekap-5 Cekap.

4. Made friends to the lower years?-adalah adik angkat masa aku form 2. Biasalah bila skolah kat asmara/ asrama. masa kat sains muar pun ado jugok.

5. Had a boyfriend/girlfriend?- Masa form 1, aku dah ada peminat, form 2 pun sama. padahal, aku bukannye menarik sangat pun. ordinary girl je. Masa ni, aku jadi rebutan. haha. sampai aku nak kawen dengan abg pun, dia masih cari aku. Pernah gak ar bercouple dengan mamat sorang ni. Form 4 & 5, aku takde masa nak couple. hekhek.

6. How was your table arrangement in class?- in pair and grouping.

7. Made any enemies?- form 1-3, ada ramai yang jadikan aku musuh sebabnya pakwe2 diorang minat kat aku. haha. Sengal jer bunyi. Sumpah, aku tak pernah nak usik pakwe diorang tu. ada sorang hamba allah ni jadikan aku musuh sebab pakwe dia nak amik aku jadik adik angkat dia. Dia phsyco aku sampai aku menangis dalam locker. sejak tu aku sumpah dia yang dia takkan berjaya dalam spm. Memang yerrr. masa aku kuar dari skolah tu dengan flying colors, aku nampak dia repeat spm, sebab spm dia pangkat 3. Masa tu suka giller aku tengok kegagalan dia sambil dengan bangganya aku menayangkan baju Sains Muar aku.. HAHAHA. Evil laugh.

8. What games did you play?- aku wakil bola tampar sekolah.
9. Did you buy your lunch?- lunch at skul dining hall jer.
10. Were you a party animal?- never had
11. Were you well known in your school?- form 1-3, agak la femes sebab masa tu aku top ten academic...Masa form 4 kat skolah teknik 2 bulan, aku pun top ten jugak. hehe. Bangganye la jugak sebab nama naik "WALL OF FAMES".
- form 4-5,kat sains muo, aku humble je orangnye.


12. Skip classes?- nope.. nak kene penampor dengan warden yang garang??
13. Did you get suspended/expelled?- Budak baik...
14. Can you sing the school song?aku ingat korus je. ek em..TESTING..Dengan restu, ayah dan ibu, serta rahmat dari tuhanku.belajar berbakti, itulah azam kami, menjadi hasrat ibu pertiwi.....


15. What was your favorite subject?- form 1-5, aku suka semua subjek sebab kalau tak suka, nanti tak ikhlas belajar..walaupun addmet dan fizik aku 9 jer memanjang. huhu.Lulus gak masa SPM.

16. What was your school’s full name?- Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Jasin, Melaka (form 1-3), SM Teknik Bukit Piatu, Melaka, Sekolah Menengah Sains Muar(SBP) ting 4-5.

17. Did you go to the dances?- aku nak menari??huhu. kalu berenang, bagi jer kat aku.

18. Where did you go most often during breaks?- duk kelas je.
19. If you could go back in time and do it all over, would you?- aku nak bersama semula dengan study group aku masa form 4-5.
20. What do you remember most about 5th year?- semangat kestudian study group aku yang amat luar biasa. lepas tu, result cemerlang dalam spm. Bangganya kami.
21. Worst memory in 5th year?
- aku kena join kelas icu addmet. huhu sebab markah aku bawah daripada 20%. aku dapat 9%jer. terrer kan addmet aku. tp aku still suka addmet sebab cikgu Mohammad tak pernah marah2 kami yang lemah ni. Thank you teacher.


sekarang aku dah jadi cikgu, aku selalu gak ingatkan anak murid aku supaya mencipta kenangan yang indah masa skolah menengah supaya ia dapat menjadi cerita yang menarik untuk hari tua..Gud bye.

Thursday, June 11, 2009

Alahai, anakku dah pandai....

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. Salam alaik. hari ni banyak perkara yang menceriakan hariku berlaku. pertama-tamanya, sebab abah dah balik dan secara otometik, anak-anakku kembali ceria selepas beberapa hari berlagu syahdu.huhuhu..Hanya Allah yang tahu betapa perasaan aku tengok anak-anak bila abah out-station..
Bila abah dah balik.. bermacam-macam aksi lucu yang anak-anakku buat. bagaikan mengalir air mata aku nih tengok. Macam-macam jugak ler kepandaian yang diorang tunjukkan.
Adik sya tiru gaya abang zikri bila hisap susu. bagaikan ada orang ajar, dia gi amik botol susu abg zikri, then baring sambil kaki bergoyang-goyang. adik, adik.

Bila botol susu di mulut, mata tak akan terlepas dari playhouse disney channel. didingbodingdibodingboding. stay tuned sya, dibo will be back after this break.

Bersemangat tul la adik sya makan. AUUUMMM.. skang ni tak nak ummi suap. menangis nak suap sendiri. well adik sya, i let you handle your meal by urself....Sengaja ummi bukak baju dia. takmo salin 2.3 kali.
HEEEE, sejuknya...dah pandai anak sulong ummi ni mandi sendiri. tapi satu la yang aku masih berusaha keras.. ajar zikri gosok gigi.
Selain dari tu.. yang paling aku bahagia.. adik sya dah pandai panggil aku ummi. hehe. terharunya aku sebagai ummi. Minggu ni dia belajar berjalan. Bolehla.. dalam 5 meter, then jatuh , then jalan lagi, dan lagi, dan lagi. Sebagai ummi, dan abah juga tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti segala perkembangan anak-anakku. Melihat mereka membesar dengan sihat dihadapan mata amat membahagiakan kami.

Monday, June 8, 2009

Penajaman skill di dapur

0 comments
Salam alaik wa marhaban bikum. Dah lama aku nak buat roti ni sebenaunye. sejak balik dari kursus roti kat kolej abah, semangat aku berkobar-kobar nak buat roti sebab ni adalah salah satu faberet aku berbanding buat kek. jadik, bila abah dah belikan oven, haa.. dapat la mengetes power. percobaan pertama ni agak okay, cuma, topping mexico bun tu agak garing on the way to hangus. hehebut, still edible. takpe.. boleh diperbaiki.papehal pun, yok layan.....
Coba teka ni apa? .....Memang anak ummi abah ni boleh diharap la. Ni la sosej yang zhiki nak balut dengan doh. tengok yang lain tu zhiki buat... buat shibuk kacau ummi. hehe
Ni mexico bun yang abah suka.
Masa duk baking roti ni.. hemmmm aromanyer menusuk rongga idung ku. Bau dia ala-ala kat kedai femes amos tu. hehe..tak sabo-sabo nak makan.
Ni la dia hasil my humble roti. ni dah separuh dimakan oleh abah dan anak ku.. termasuk aku. Allahamdulillah.. puas hati aku ni..

Sunday, June 7, 2009

My semak backyard

0 comments
Assalamualaikum. Senang hati tengok halaman rumah dan belakang rumah dah dibersihkan. aktiviti ni selain dapat mengindahkan suasana, dapat juga menyihatkan badan dan mengeratkan kasih sayang antara kami. Tak rugi juga berbakti pada tanah. Ada jugak yang ditanam oleh kami dan tuan rumah. tengok hasil tanaman kat rumah ni, hemm.. syukur pada Allah.
Dulu ada tiga batang pokok betik.. tapi tinggal satu jer yang ni sebab yang lain semua dah diserang semut. yang ni pun dah dibuang satu dahan. Hemm, manis betik ni.
Antara berumpun-rumpun serai yang ditanam abg.
Nenas pertama yang mengeluarkan hasil.
Dengan hanya berkaki ayam, terjengket-jengkat abg zikri menyapu. Hemm.. rajinnya anak ummi dan abah ni.
Adik sya pun nak tolong abah bercangkul jugak..
Tu diaa.. cangkul, jangan tak cangkul. jangan cangkul kaki sudah la yer sayang. Abah duk membuang daun-daun lengkuas yang merimbun.
selain dari serai, lengkuas, ada juga kunyit, pokok pucuk manis, daun kari, daun keloi(bugis panggil).terbaru ni, projek tanaman halia oleh makcik. hehe. Senang kata, kalau nak serai ker yang lain ker.. mai jer sini.free jer..

 

Iman's Family Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates